KENYATAAN MEDIA PERKASA ISU KEBIADAPAN LIM GUAN ENG ISYTIHAR PERANG

455
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Naib Presiden PERKASA

1. PERKASA sangat terkesan dengan kenyataan biadap dan kurang ajar Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang mengisytiharkan kesepakatan UMNO dan PAS sebagai tiupan semboyan perang kepada kaum lain.

2. Apakah Lim Guan Eng merasakan kerana mereka berkuasa dan memerintah lalu tiada siapa yang berani mengambil tindakan ekoran kenyataannya yang jelas sangat berniat jahat menghasut yang sekaligus boleh menimbulkan kebencian dan perpecahan antara kaum di negara ini.

3. Justeru PERKASA suka mengingatkan kepada Lim Guan Eng dan konco-konconya supaya tidak meniup api dalam sekam dan menolak sarang tebuan dalam mencari kepentingan politik Pakatan Harapan. Apakah Lim Guan Eng sudah lupa atau buta sejarah hitam 13 Mei 1969 yang mengakibatkan berapa ramai kaum Melayu, Cina, India dan pelbagai bangsa terbunuh dan dibunuh. Bermula insiden dicetuskan dengan provokasi melampau yang sangat menyakitkan hati umat Melayu Islam lalu mereka bangkit.

4. Sebab itu PERKASA mengingatkan, walaupun provokasi jahat Lim Guan Eng di bawah Pakatan Harapan sebagai strategi untuk menghalang dan menakutkan kaum lain atas kesatuan ummah UMNO dan PAS, janganlah memprovokasi cara melampau yang walaupun akhirnya kenyataan bodoh dan bangang Lim Guan Eng diperbetulkan semula. Tetapi kata pujangga “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

5. Paling malang lagi PERKASA sangat kesal dengan pimpinan Melayu Pakatan Harapan yang menikus tanpa seorangpun yang menyanggah kenyataan jahat Lim Guan Eng walaupun jelas kenyataan itu boleh menjahanamkan negara bangsa dan menggugat keselamatan negara. Mana suara melayu BERSATU, PKR dan AMANAH? Pinjaman kata Prof. Hamka kepada Melayu Islam Pakatan Harapan “bila agamamu dihina, eloklah balut tubuhmu dengan kain kafan”.

6. PERKASA juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas kepada UMNO dan PAS yang akhirnya menyedari suara keramat Melayu yang menghasilkan kesatuan ummah melalui kerjasama UMNO-PAS.

7. Kesatuan ini sangat digeruni oleh Pakatan Harapan terutamanya Cina DAP yang berusaha untuk menguasai kuasa politik selepas mereka menguasai ekonomi negara ini. Dengan kuasa politik memudahkan jarum mereka mengisytihar dasar Malaysian Malaysia. Mereka pintar menggunakan pakatan Melayu dari BERSATU, PKR dan AMANAH yang diulik mimpi kemenangan ke Putrajaya.

8. Sebab itu menyedari kesatuan ummah UMNO dan PAS boleh menumbangkan mereka dalam PRU ke-5, kesan kekalahan mereka dalam dua PRK Cameron Hingland dan Semenyih lalu, Pakatan Harapan menggunakan seluruh kekuatan untuk menghancurkan kesatuan ummah UMNO dan PAS dengan mereka cipta pelbagai isu.

9. Dan kenyataan yang paling bodoh dan berbahaya ekoran ketakutan mereka oleh Lim Guan Eng abila mengaitkan kesatuan ummah ini sebagai pengisytiharan perang Melayu dengan bangsa lain.

10. PERKASA sangat berharap ketegasan PDRM selaras dengan rule of law untuk mengambil tindakan menangkap dan tahanan reman untuk soal siasat atas provokasi melampau Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng.

HASSAN BASRI BIN MUHAMMAD

Niab Presiden PERKASA Malaysia

7 mac 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts