TARIK KENYATAAN ISYTIHAR PERANG OLEH MENTERI KEWANGAN YANG ANGKUH, SAMSENG DAN WAJIB MOHON MAAF SECARA TERBUKA

809
SHARES
2.8k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA

Oleh Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah

Naib Wira Perkasa Malaysia

7 March 2019 | 30 Jamadil Akhir

1. Merujuk kepada kenyataan terbuka Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 6 Mac 2019 yang mendakwa kerjasama UMNO-PAS adalah satu pengisytiharan perang terhadap kaum Cina, Wira Perkasa Malaysia secara terbuka mengutuk, mengecam dan menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan kenyataan menteri tersebut dan juga kebimbangan terhadap kestabilan dan keharmonian rakyat antara kaum di negara ini yang boleh terancam dan amat berbahaya.

2. Kenyataan terbuka ini yang menggunakan frasa ‘pengisytiharan perang’ secara terang-terangan adalah cubaan menghasut dan menambahkan rasa kebencian dan api kemarahan dalam kalangan kaum yang boleh mengganggu-gugat keamanan negara kita hari ini.

3. Wira Perkasa Malaysia ingin menegaskan bahawa kita tidak akan sekali-kali berkompromi atas sebarang bentuk cubaan dan tindakan hasutan dan kebencian terhadap kaum Bumiputera walaupun tindakan ini dilakukan oleh menteri kabinet sekalipun.

4. Wira Perkasa Malaysia akan menentang sekeras-kerasnya dan mendesak agar Lim Guan Eng menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka. Beliau harus dipertanggungjawabkan serta diambil tindakan sewajarnya di atas tindakan hasutan yang boleh membangkitkan ketegangan kaum dan menjejaskan keamanan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sekian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts