KERJASAMA UMNO-PAS: PAN YANG KOMUNIS ATAU DAP YANG TALIBAN?

308
SHARES
612
VIEWS

Oleh Anuar Shaari

1. DAP tetap DAP. Semasa mendominasi pakatan pembangkang dahulu, sikap cauvinis mereka amat ketara sekali. Kini DAP telah menang pilihan raya dan mendominasi kerajaan Pakatan Harapan, sikap mereka tetap sama. Mereka tetap cauvinis dan rasis. DAP kini cuba mengheret kerjasama UMNO-PAS dari sudut songsang perkauman yang negatif.

2. Di dalam strategi peperangan terbuka (conventional warfare), tembakan pemula haruslah kuat dan memusnahkan sasaran semaksima mungkin. Sasaran boleh dimusnahkan oleh tembakan artileri dari darat atau serangan udara dari jet-jet pejuang. Inilah yang dimulakan Lim Guan Eng. Istilah ‘perang’ ke atas bukan Melayu oleh LGE adalah sangat melampau serta besar impaknya. ‘Tembakan’ itu berhasil menimbulkan keraguan kaum bukan Melayu-Islam terhadap kerjasama ini.

3. Masyarakat bukan Melayu-Islam akan ‘fobia’ manakala golongan Melayu-Islam liberal pula akan memandang sinis kerjasama ini. ‘Tembakan’ pertama LGE berjaya memusnahkan sasaran. ‘Tembakan’ kedua LGE yang  menukar istilah ‘perang’ kepada ‘sasaran’ memusnahkan lagi sasaran (kerjasama UMNO-PAS) dan menguatkan lagi kesatuan bukan Melayu-Islam. LGE berjaya ‘menembak’ sasaran beliau dua kali dengan percikan publisiti besar-besaran.

4. ‘Tembakan’ artileri kedua dalam cubaan DAP menghancurkan kerjasama UMNO-PAS ini datangnya dari Nga Kor Ming. Istilah melampau ‘Taliban’ yang diguna beliau sengaja dicetus bagi membangkitkan kebimbangan masyarakat. Umum mengetahui istilah Taliban merujuk kepada pelampau agama di Afghanistan. Hakikatnya, kerjasama UMNO-PAS tidak bersifat melampau. Ia bersifat “mempertahankan kepentingan” dari ancaman golongan yang tidak bertanggungjawab. Istilah ‘Taliban’ berjaya menaikkan moral bukan Melayu-Islam demi kesatuan mereka untuk terus prejudis dengan kerjasama ini. Nga Kor Ming bijak memilih senjata pemusnah untuk digunakan dengan tujuan ‘discredit‘ lawan.

5. Setelah sasaran dipercayai musnah, barulah ketumbukan tentera infantri (askar berjalan kaki) memasuki kawasan musuh dengan misi memusnahkan saki baki musuh bagi mencapai kemenangan total. Dalam situasi ini, strategis DAP Liew Chin Tong cuba menyusup masuk dalam pemikiran masyarakat Malaysia apabila mengibaratkan kerjasama UMNO-PAS seperti teori ‘bumi hangus’. Chin Tong mengumpamakan Pakatan Harapan yang didominasi DAP sebagai mangsa kekejaman ‘serangan’ dari dua arah oleh kerjasama UMNO-PAS serta MCA-MIC yang cuba menghancurkan golongan bukan Melayu-Islam di Malaysia.

6. Chin Tong mengandaikan kerjasama UMNO-PAS akan menyerang Melayu-Islam di dalam PH manakala MCA dan MIC akan keluar dari BN dan menyerang kelompok bukan Melayu-Islam di dalam PH. DAP dan PH diandaikan akan terbakar hangus jika kerjasama UMNO-PAS menjadi realiti. DAP sedang bermain api perkauman dan menghina darjat intelektual masyarakat moden Malaysia dengan pemikiran seperti ini. Apakah DAP sebagai parti paling rasis di Malaysia telah mengguna pakai taktik ‘bumi hangus’ demi survival mereka selama ini? Apakah kerana itu mereka sering menyangka pihak lain akan mengguna taktik jijik seperti mereka?  Selalunya, satu jari telunjuk menunjuk kesalahan orang lain, 4 jari menunjuk ke arah sendiri.

7. Itulah parti rasis DAP. Selagi mana tidak tunduk kepada kemahuan DAP, selagi itulah  DAP akan menyasar dan memerangi mereka. Sikap ini saling tidak ubah seperti fahaman komunis dan Taliban. Zaman berubah, namun pegangan terhadap ideologi menyerupai komunis mahupun Taliban tetap teguh bagi DAP. Di Malaysia, fahaman seperti ini amat bahaya bagi kestabilan politik negara. Mereka adalah parasit yang meracuni kontrak sosial anjuran pemimpin Malaysia terdahulu. Mereka adalah pengkhianat kepada perjuangan nenek moyang kita dahulu.

8. Serangan DAP amat strategik dan halus sekali. Strategi ‘Melayu skru Melayu’ tetap diguna pakai. Demi mengelak serangan balas Melayu-Islam terhadap mereka (DAP), mereka menggunakan PAN (AMANAH) sebagai perisai. Mat Sabu membuktikannya semalam apabila beliau mempertahankan LGE yang menyasarkan ‘perang’ terhadap kerjasama UMNO-PAS. Apakah Mat Sabu selesa dengan elemen komunis dan Taliban dalam DAP? Tidak perlu bertanya lanjut kerana kita pasti tahu jawapannya…

Maka itu berhati-hatilah dengan serangan serta jarum halus DAP, parti perosak negara yang akan sentiasa berusaha memusnahkan keamanan dan kedamaian negara yang telah terbina sekian lama…

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts