7 KELEBIHAN KU LI BERBANDING KHAIRY

101
SHARES
326
VIEWS

1. Ku Li mampu menjadi mentor dan ketua kepada seluruh ahli UMNO kerana pengalaman dan kematangan beliau dalam politik selain sarat dengan pengorbanan yang dilakukan untuk UMNO seperti menyerahkan tanah milik beliau untuk membina PWTC. Ku Li juga paling lantang menentang Dr. Mahathir suatu ketika dahulu, di mana pengalaman berharga ini amat diperlukan oleh UMNO yang pertama kali menjadi pembangkang, yang sekelumitpun tidak dipunyai oleh Khairy

2. Ku Li lebih berpengalaman menghadapi Tun Mahathir ketika beliau menubuhkan Semangat 46, bertatih menaiki tangga politik yang tentunya tidak dapat disaingi oleh Khairy yang ketika itu masih kecil dan kemudiannya ditatang naik ke tangga politik selaku menantu Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi

3. Ku Li seorang pejuang sejati di mana beliau hampir menewaskan Dr. Mahathir bagi merebut jawatan Presiden ketika Pemilihan Agong UMNO pada tahun 1987 dengan hanya perbezaan 43 undi manakala Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO, gagal memujuk pengundi muda mengundi kerajaan di mana anak muda atau belia inilah yang menjadi pengundi penentu ketika PRU-14. Sedangkan inilah tanggungajwab utama beliau selaku Ketua Pemuda

4. Ku Li bertanding demi survival UMNO serta ingin menyelamatkan UMNO berbanding Khairy yang bertanding demi survival diri serta kerjaya politik beliau sendiri. Khairy memilih menyorokkan data mengenai sokongan akar umbi daripada pimpinan UMNO yang diakui beliau sendiri (kononnya tidak akan beliau lupakan sampai bila-bila). Ini tidak dapat diterima umum hatta oleh bukan ahli UMNO sekalipun

5. Ku Li tidak berminat dengan jawatan Presiden sebaliknya hanya menumpukan kepada kebangkitan UMNO selepas pasca kekalahan untuk membawa sinar baru bagi UMNO. Berbanding Khairy yang bertanding kerana ingin menjadi orang no.1 dalam UMNO. Hasil desakan akar umbi UMNO, Ku Li akhirnya memutuskan untuk bertanding bukan mencalonkan diri sendiri seperti Khairy yang melangkau Tok Mat sendiri. Khairy sedari awal terlihat melalui kumpulan pemudanya yang mendesak di media sosial agar Datuk Seri Najib berundur selaku Presiden dan digantikan oleh Khairy termasuk insiden di PWTC

6. Ku Li lebih elegen, rileks dan tenang menghadapi kekalahan BN dalam PRU-14, melambangkan sikap seorang pemimpin yang baik termasuk menasihati Zahid yang bertemu Tun Mahathir meminta nasihat, walaupun dinafikan Zahid kemudiannya. Sebaliknya Khairy sibuk mencipta alasan demi alasan selepas PRU-14 dan ini bukanlah ciri-ciri pemimpin yang baik

7. Ku Li pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan, mengasaskan Petronas serta terlibat secara langsung dengan operasi ‘dawn raid‘ yang menyaksikan kepulangan Guthrie dan Sime Darby ke pangkuan negara, berbanding KJ ketika menjawat jawatan Menteri Belia & Sukan, hanya sibuk dengan penonjolan diri sendiri melalui program FIT seluruh negara dan berlakon video berdurasi pendek

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts