TERIMA KASIH PEMBACA, SAYA AKAN TERUS BERJUANG – ISHAM JALIL

198
SHARES
640
VIEWS

Saya telah dimaklumkan bahawa posting-posting saya dalam sebulan kebelakangan ini telah mencapai lebih 1 juta pembaca.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca-pembaca penulisan saya tersebut.

Sebaik selepas BN kalah pilihanraya umum ke-14 tahun lalu dan sebaik selepas saya keluar daripada kerajaan dan Pejabat Perdana Menteri selepas hampir 20 tahun berkhidmat dengan kerajaan dan syarikat berkenaan kerajaan, saya pada mulanya bercadang untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya yang baru dan tidak berniat untuk aktif dalam politik atau menulis berkaitannya.

Namun tidak sampai sebulan selepas 9 Mei 2018, saya lihat hala tuju dan dasar-dasar yang Kerajaan PH buat adalah menuju ke arah yang menyusahkan rakyat.

Pada 28 Mei 2018, dua minggu selepas PRU-14, saya telah dijemput untuk ditemuramah secara langsung di Sinar Harian.

Di temuramah ini saya telah nyatakan jangkaan saya yang apa yang Kerajaan PH akan buat serta kesannya termasuk memberhentikan penjawat-penjawat awam, menahan dan memenjarakan lebih ramai tahanan politik pembangkang dan pada masa yang sama melepaskan ahli-ahli politik Kerajaan PH, meranapkan ekonomi negara, meningkatkan kos sara hidup rakyat dan sebagainya.

Oleh sebab di atas, tidak sampai sebulan selepas kekalahan BN dalam pilihan raya umum yang lepas, saya telah mengambil keputusan untuk terus berjuang menentang Kerajaan PH dan dasar-dasar mereka yang membawa kerosakan, walaupun saya tidak ada apa-apa jawatan dalam parti politik pada ketika itu.

Setakat ini apa yang saya katakan pada tahun lepas tersebut ternyata betul walaupun pahit untuk diterima.

Akibatnya negara semakin teruk dan rakyat semakin tertekan oleh kerana tindakan-tindakan kerajaan dan pemimpin-pemimpin mereka yang tidak cekap, tidak bijak mahupun tidak amanah tersebut.

Saya berjuang dengan cara saya sendiri iaitu dengan menulis.

Saya akan terus menulis selagi hayat di kandung badan dan selagi penulisan-penulisan ini masih diperlukan untuk mencegah negara ini dari menjadi rosak dan hancur akibat ketidakcekapan mahupun kerakusan pemimpin-pemimpin Kerajaan PH ini.

Ia untuk menyemak-imbang kerajaan dan membina negara ini ke arah yang lebih baik untuk rakyat.

Terima kasih kepada lebih sejuta pembaca penulisan saya dan kepada semua yang mendorong dan menyokong saya selama ini.

Salam,

ISHAM JALIL

27 Mac 2019

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/432462750842588/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts