PRK RANTAU: PAN MELAWAN PAKATAN HARAPAN?

190
SHARES
527
VIEWS

Pilihan raya kecil (PRK) Rantau pada 13 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Datuk Seri Mohamad Hasan dari UMNO, Dr. Streram dari PKR dan R. Malar serta Mohd Nor Yassin sebagai calon Bebas.

Apa yang uniknya, dikhabarkan dan telah tular mengenai calon ‘Bebas’ Mohd. Nor Yassin yang dikatakan ahli PAS, yang sepatutnya menimbulkan konflik apabila ada ahli PAS sendiri seolah-olah tidak bersetuju dengan kerjasama UMNO-PAS sehingga mencalonkan diri sendiri sebagai calon Bebas.

Namun perkara ini terbongkar dan menjadi aib kepada Pakatan Harapan apabila terbukti beliau sebenarnya adalah ahli Parti Amanah Negara (PAN).

Mohd. Nor menyertai PAN pada 10 Mac 2019 lepas dan hanya tiga minggu kemudian iaitu di hari penamaan calon pada 30 Mac, beliau meletakkan dirinya bertanding empat penjuru bagi melawan Pakatan Harapan sendiri.

Perkara ini telah disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dalam sebuah kenyataan media.

 

Mohd. Nor kemudiannya menafikan kenyataan media Takiyuddin dan menyatakan beliau masih ahli PAS.

Tetapi Setiausaha Agung PAN, Mohd Anuar Tahir dan Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani pula mengesahkan Mohd. Nor sebagai ahli partinya dan  menimbangkan beliau untuk dipecat.

Maka cuma ada 2 kemungkinan mengenai perkara ini iaitu;

1) Strategi sabotaj PAN dan Pakatan Harapan untuk memecahkan undi UMNO-PAS dengan meletakkan calon yang kononnya dikhabarkan sebagai ahli PAS, namun tidak menjadi apabila ‘kantoi’ beliau sebenarnya adalah ahli PAN

2) Terdapat dalam kalangan komponen Pakatan Harapan sendiri yang tidak bersetuju dengan pancalonan Dr. Streram yang dikritik dalam kalangan PKR sendiri sebagai orang luar yang amat dangkal dengan isu-isu tempatan

Justeru, adakah ini membuktikan bahawa ahli-ahli parti komponen Pakatan Harapan semakin menolak  apa jua tindakan kerajaan mereka sendiri kerana kerap menipu dan tidak menunaikan janji selain semakin membebani rakyat sehinggakan mereka sendiri malu dengan kerajaan hari ini?

Atau adakah ini protes terbuka terhadap Tun Mahathir selaku Perdana Menteri yang gagal mengemudi negara dengan pelbagai isu mutakhir ini yang membuatkan rakyat termasuk ahli-ahli Pakatan Harapan muak dan hampa?

Namun apa yang pasti, strategi ini hanya memakan diri dan memalukan Pakatan Harapan terutamanya PAN tidak kira apa tujuan sekalipun.

Datuk Dr. Mujahid selaku Menteri Agama dari PARTI AMANAH NEGARA wajar menasihati anak buahnya agar menunjukkan contoh yang baik kerana seorang menteri yang diberi AMANAH berkaitan agama wajar menunjukkan teladan yang baik bermula dengan partinya sendiri.

Jangan cakap berdegar-degar di Parlimen dan di depan media namun hakikatnya parti dan diri sendiri terpalit tahi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts