TOMMY THOMAS BERBOHONG DI HADAPAN PANEL HAKIM TRIBUNAL SPR

1k
SHARES
2.6k
VIEWS

Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Saya ingin membuat penjelasan berkenaan pemberitaan tidak tepat dan tidak menyeluruh oleh wartawan FMT berkaitan Prosiding Tribunal SPR yg di adakan semalam.

Tommy Thomas cuba mengelirukan dan membohongi Panel Hakim Tribunal dengan menyatakan bahawa Bekas Pengerusi SPR tidak didakwa bersama dalam Tribunal ini kerana beliau telah meletakkan jawatan sebelum tarikh perkenan YDP Agong untuk penubuhan Tribunal ini.

Wartawan FMT gagal utk melaporkan bahawa peguam Dato Shaharudin Ali yang mewakili 4 org bekas anggota SPR berkenaan telah bangkit membidas Tommy Thomas atas kesilapan fakta yang beliau bangkitkan.

Kesemua 6 bekas anggota SPR juga telah menghantar surat perletakan jawatan mereka pada 17 Oktober 2018 sedangkan surat representasi memohon perkenan YDP Agong untuk penubuhan Tribunal ini hanya dihantar oleh Perdana Menteri (atas nasihat Tommy Thomas) pada 29 November 2018.

Ini menunjukkan kesemua 7 orang bekas anggota SPR telah menghantar surat perletakan jawatan mereka 32 hari sebelum Perdana Menteri menghantar representasi kepada YDP Agong.

Tetapi mengapa Tommy Thomas BERBOHONG dengan menyatakan 6 orang bekas anggota SPR hanya menghantar surat perletakan jawatan selepas tarikh surat representasi Perdana Menteri kepada YDP Agong?

Mengapa Tommy Thomas BERBOHONG kepada Tribunal dengan memberikan fakta bercanggah dengan dokumen?

Adakah beliau tidak tahu tarikh 17 Oktober itu adalah 32 hari sebelum tarikh 29 November?

Dan kesemua ini berlaku semasa sidang Tribunal semalam dan FMT memilih utk tidak melaporkan sesuatu yang memalukan Tommy Thomas.

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/04/01/ex-ec-chief-let-off-because-he-resigned-before-tribunal-formed/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts