SEMOGA DATO’ SERI NAJIB AKAN MENDAPAT PERBICARAAN YANG ADIL – ISHAM JALIL

363
SHARES
2.1k
VIEWS

Esok perbicaraan mahkamah Dato’ Seri Najib akan bermula pada pukul 2:00 petang di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pihak kerajaan akan sedaya upaya memastikan Dato’ Seri Najib akan disumbat dalam penjara walaupun ‘bukti-bukti’ yang mereka ada seperti yang diserahkan kepada pihak peguambela oleh pendakwaraya kerajaan adalah lemah.

Pihak media pro-kerajaan akan sedaya upaya melakarkan persepsi yang Dato’ Seri Najib telah bersalah walaupun perbicaraan baru bermula.

Seperti biasa mereka akan menggunakan perkataan-perkataan seperti perompak, penyamun, kleptokrat, perasuah dan sebagainya ke atas Dato’ Seri Najib.

Saksi-saksi pendakwaraya akan memberikan keterangan untuk menunjukkan yang Dato’ Seri Najib bersalah, walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.

Saya berharap agar Dato’ Seri Najib akan mendapat perbicaraan yang adil, walaupun naluri hati saya menyatakan sebaliknya yang beliau tidak akan mendapat keadilan tidak kira sama ada beliau bersalah atau tidak; ini kerana kerajaan telah ‘menghukum’ beliau bersalah lama sebelum perbicaraan bermula.

Saya akan bersama-sama beliau esok di mahkamah.

Saya jemput sesiapa yang berkelapangan untuk bersama-sama Dato’ Seri Najib di perkarangan mahkamah esok untuk memberikan sokongan moral kepada beliau.

Saya mendoakan agar beliau dilindungi oleh Allah SWT daripada segala bentuk penganiayaan dan kekejaman manusia.

Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.

ISHAM JALIL

2 April 2019

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/435595163862680/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts