BOLEHKAH KERAJAAN MENJUAL EQUANIMITY?

980
SHARES
2.9k
VIEWS

Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Soalan paling banyak ditanya kepada saya hari ini, boleh ke kerajaan jual barang bukti yang masih dalam perbicaraan di mahkamah?

Jawapan:

1. Kapal Equinimity ini TIDAK PERNAH menjadi barang bukti kepada mana-mana kes mahkamah di Malaysia (setakat hari ini).

2. Semua pertuduhan ke atas DS Najib di mahkamah sekarang TIADA KENA MENGENA dengan kapal Equinimity.

3. Kapal ini dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali pada 28 Februari 2018 ATAS PERMINTAAN dari pihak DOJ Amerika Syarikat kerana DOJ berpendapat kapal ini milik Malaysia kerana dibeli hasil penyelewengan syarikat 1MDB.

4. TIADA SESIAPA MENUNTUT ATAU MENGAKU MEMILIKI KAPAL INI (BACA JHO LOW) SELEPAS IA DISITA.

5. Jadi disebabkan tiada sesiapa menuntut maka kapal ini dijual tanpa bantahan dari mana-mana pihak.

6. Syarikat 1MDB sendiripun tidak menuntut apa-apa berkaitan kapal ini.

7. Tiada mana-mana pihak mempunyai bukti siapa sebenarnya pemilik kapal ini.

8. Jadi, tidak betul kalau kita anggap kerajaan telah jual barang kes kerana kapal itu tidak pernah menjadi barang kes untuk apa-apa pertuduhanpun kepada sesiapa.

9. Jadi kerajaan dah ada tambahan duit RM514 juta sekarang dalam Tabung Negara.

10. Jadi jika dibahagi sama rata dengan 32 juta rakyat Malaysia, esok kita patut dapat RM16 setiap seorang.

Terima kasih kerajaan.

Kbai

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts