KRISIS KEPIMPINAN DALAM PAKATAN HARAPAN, APA SEBENARNYA MATLAMAT DR. MAHATHIR

427
SHARES
2.4k
VIEWS

Krisis kepimpinan di dalam Pakatan Harapan sudah hampir sampai di kemuncaknya.

Di pelbagai sudut, pemimpin-pemimpin PH masing-masing mengkritik rakan-rakan mereka di dalam Gabungan Pakatan Harapan.

Yang paling ketara, Nurul Izzah membalun dan mengkritik Dr. Mahathir secara terbuka dengan menyatakan bahawa Dr. Mahathir ini seorang Diktator yang telah dan masih menghancurkan negara.

Perdebatan ini berterusan di kedai-kedai kopi dan kedai mamak, di ambang PH menyambut ulangtahun pertama memerintah negara ini pada 9 Mei 2019.

Gembar-gembur yang menyatakan bahawa usul undi tidak percaya terhadap Dr. Mahathir akan dibawa ke dalam Dewan Rakyat, nampaknya tidak kesampaian.

APA MATLAMAT DR. MAHATHIR.

Penganalisa politik telah berbahas panjang mengenai isu ini. Apa matlamat Dr. Mahathir sebenarnya ialah:

i. Untuk menjatuhkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri; dan

ii. Untuk menyelamatkan negara Malaysia.

Matlamat pertama sudah tercapai.

Matlamat kedua, untuk menyelamatkan negara Malaysia, adalah satu perkara yang subjektif.

Menyelamatkan negara macam mana?

Mengurangkan hutang negara?

Memperbaiki ekonomi negara?

Melakukan reformasi terhadap pelbagai sistem pentadbiran kerajaan BN terdahulu, yang kononnya merosakkan negara?

Apapun, Nurul Izzah, anak Anwar Ibrahim dan yang juga merupakan anak Timbalan Perdana Menteri, telah secara berterusan mengkritik kepimpinan Dr. Mahathir.

Nurul seperti sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinanan dan Kabinet Dr. Mahathir.

Mana mungkin, seorang anak mengkritik kepimpinan Perdana Menteri dan Kabinetnya, di mana di waktu yang sama, ibunya Wan Azizah adalah merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Kabinet.

Oleh kerana krisis ini, Nurul Izzah setakat hari ini, telah meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa PAC (Parlimen) dan Pengerusi TVET Nasional.

Peletakan jawatan-jawatan ini jelas membuktikan Nurul bukan sahaja kecewa dan patah hati tetapi juga sudah tidak mempercayai kepimpinan Dr. Mahathir.

Mengenai isu hendak menyelamatkan negara daripada beban hutang kerajaan terdahulu, adalah amat jelas Dr. Mahathir tidak berniat untuk membuat demikian (mengurangkan hutang negara).

Meminta penjawat awam mengikat perut hanyalah satu gimik politik.

Hakikatnya, Dr. Mahathir terus-menerus membuat dan menambah hutang negara, dengan pinjaman dari negara Jepun melalui Samurai Bond dan lain-lain.

Kini, perasaan TIPAH TERTIPU, bukan sahaja dirasai oleh penjawat awam tetapi oleh seluruh rakyat negara ini.

MATLAMAT YANG TERSIRAT.

Menurut pandangan seorang pegawai kanan yang pernah berkhidmat dengan Dr. Mahathir, ada satu lagi matlamat yang tersirat.

Iaitu untuk melihat Mukhriz Mahathir naik sebagai Perdana Menteri atau paling tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sesungguhnya Dr. Mahathir berdendam dengan pemimpin dan parti UMNO yang telah menjatuhkan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Sesungguhnya hanya sejarah masa hadapan yang dapat menentukan segala-galanya. Semuanya adalah ketentuan Allah swt.

Kita tunggu dan lihat.

RANTAU 4 TOK MAT.

Salam.

DSBA

3 April 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts