PENDEDAHAN 3 RAHSIA STATUT ROM YANG DISEMBUNYIKAN OLEH KERAJAAN PH

585
SHARES
1.8k
VIEWS

Saya ingin membuat klarifikasi kandungan terhadap laporan berita Malaysiakini ini;

https://www.malaysiakini.com/news/471639

Wartawan Malaysiakini turut hadir dalam majlis malam tadi yang saya laporkan secara go live di pautan ini;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2814432442116146&id=100006482544558

Ucapan utama saya sehingga minit ke 37 sahaja. Selepas itu adalah sesi ucapan Dato Lokman Noor Adam dan Dato Zaharin Mohd Yasin dan sesi soal jawab.

Jawapan saya yang dilaporkan Malaysiakini berkaitan Harakiri ini adalah jawapan saya di sesi soal jawab.

Dalam tempoh 30 minit yang diperuntukkan moderator, saya menjawab 3 soalan yang saya cipta untuk menjelaskan beberapa isu berkaitan ratifikasi Statut Rom ini.

1. Mengapa TMJ murka?

Jawapan saya, Baginda TMJ murka kepada Peguam Negara Tommy Thomas yang telah bercakap bohong kepada ayahanda Baginda DYMM Sultan Johor sekitar bulan Februari 2019 yang memaklumkan kerajaan tidak akan meratifikasi Statut   tiba-tiba pada 4 Mac 2019, kerajaan mengumumkan telah meratifikasi Statut Rom berkenaan.

Disebabkan pembohongan inilah, DYMM Sultan Johor ketika bertitah sempena Hari Keputeraan Baginda pada 23 Mac 2019 telah menempelak mereka yang menandatangani Statut Rom ini sebagai pengkhianat kerana telah melakukan sesuatu yang tidak Berpelembagaan apabila gagal mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

Jadi TMJ hanya mencetuskan kembali kemurkaan Ayahanda Baginda yang murka akibat ditipu oleh Tommy Thomas Peguam Negara.

Dan ketika itulah, Baginda menitahkan 4 orang Profesor Undang-Undang yang berkepakaran dalam bidang Undang-undang Antarabangsa dan Perlembagaan untuk menyediakan satu kajian akademik berkaitan Statut Rom ini untuk dipersembahkan kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.

Dalam sesi pembentangan kepada Raja-Raja Melayu (tanpa kehadiran Sultan Kedah dan Sultan Kelantan) Baginda-Baginda Duli Tuanku turut mendengar pembentangan daripada Tommy Thomas dan Prof. Shad Faruqi berkaitan Statut Rom ini.

Ini bermaksud Baginda mendengar pandangan akademik daripada kedua-dua pihak sama ada pihak yang menyokong atau membantah Statut Rom.

Selepas mendengar pembentangan, barulah Baginda-Baginda Raja-Raja Melayu membuat keputusan menolak ratifikasi Statut Rom (kecuali Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan)

2. Apa alasan penarikan balik Statut Rom yang tidak dinyatakan oleh Tun Mahathir ketika sidang media?

Jawapan:

Tun Mahathir dalam keadaan penuh emosi telah menyatakan bahawa penarikan balik ini dibuat kerana wujudnya kekeliruan di kalangan masyarakat yang dicetuskan seseorang yang mahu memukul orang sesuka hati.

Ini bukanlah alasan sebenar penarikan balik Statut Rom. Alasan sebenar yang tidak dinyatakan oleh Tun Mahathir adalah kerajaan telah melakukan sesuatu yang melanggar Perlembagaan Persekutuan apabila meratifikasi Statut Rom tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu seperti yang diperuntukkan dalam perkara 38 (4) Perlembagaan.

Jadi penolakan Majlis Raja-Raja terhadap ratifikasi Statut Rom adalah semata-mata tindakan Perlembagaan yang dilakukan oleh Majlis Raja-Raja dan Tun Mahathir terpaksa akur dengan kesilapan Kabinet yang telah dibuktikan melanggar Perlembagaan atas nasihat yang salah oleh Peguam Negara Tommy Thomas.

Tun Mahathir mengalihkan isu sebenar ini dengan penuh emosi menghentam TMJ dalam sidang media berkenaan dan ini tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Perdana Menteri yang seharusnya berpengalaman seperti Tun Mahathir yang mengetahui bahawa tidak sihat untuk pihak Eksekutif diklihat berkonfrontasi dengan Majlis Raja-Raja Melayu.

3. Apa yang kerajaan PH harus lakukan sebelum 1 Jun 2019?

Jawapan:

Statut Rom diraktifikasi Malaysia pada 4 Mac 2019 dan tarikh berkuatkuasa Statut Rom ke atas Malaysia adalah pada 1 Jun 2019.

Dalam tempoh 2 bulan ini, kerajaan PH harus membuat 2 pindaan Perlembagaan:-

i) Meminda Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Raja-Raja Melayu di dakwa atas kapsiti Perlembagaan Baginda (sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera) untuk di dakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)

ii) Pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan untuk mengiktiraf ICC bagi membicarakan warganegara Malaysia selain daripada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Pindaan No (i) di atas yang menjadi asas Majlis Raja-Raja berpegang kepada Perkara 48 (4) Perlembagaan kerana ia akan menyebabkan Perlembagaan dipinda melibatkan kedudukan, kemuliaan dan keistimewaan Raja-Raja Melayu.

Untuk ucapan penuh saya berkaitan 3 soalan di atas, sila dengar sendiri rakaman ucapan saya sehingga minit ke 37 rakaman ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2814432442116146&id=100006482544558

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts