ANTHONY LOKE TIDAK FAHAM ATAU PERSATUAN TEKSI YANG TIDAK FAHAM?

371
SHARES
2.2k
VIEWS

Pemandu teksi di negara ini terus mendesak pihak kerajaan agar e-hailing diharamkan kerana dikatakan telah menjejaskan periuk nasi mereka. Desakan pemandu teksi telah bermula sebelum PRU-14 lagi dengan mengugut tidak akan mengundi kerajaan Barisan Nasional namun selepas PRU-14 yang menyaksikan Barisan Nasional tumbang dan Pakatan Harapan memerintah, desakan yang sama dilontarkan lagi kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Kali ini tentunya persatuan pemandu teksi lebih terpukul kerana sebelum dan selepas PRU-14, walaupun kerajaan telah bertukar, hasrat mereka masih tidak terlaksana untuk melihat e-hailing diharamkan oleh kerajaan seperti hebahan media semalam, bahawa Kabinet bersetuju untuk tidak menghentikan perkhidmatan e-hailing sebaliknya akan mewujudkan peraturan baharu bagi perkhidmatan tersebut.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dianggap tidak memahami tuntutan sebenar oleh kumpulan pemandu teksi di negara ini, menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd. Hussain.

Beliau menambah pihaknya tidak pernah membantah atau meminta kerajaan mengharamkan e-hailing, sebaliknya menuntut pengharaman aplikasi-aplikasi yang telah disalahgunakan seperti Grab, Gabir dan MyCar.

Kami tidak menafikan e-hailing telah digunapakai di seluruh dunia, tetapi persoalannya adakah menteri tahu atau sedar di luar negara, e-hailing hanya digunakan kepada kenderaan-kenderaan teksi yang sah dan bukannya kepada kenderaan-kenderaan persendirian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tanggapan beliau bahawa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tidak memahami tuntutan adalah tidak tepat sebaliknya Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia yang tidak memahami realiti semasa e-hailing di seluruh dunia yang menggunakan kenderaan persendirian.

Malah adalah satu kesilapan apabila jurucakap persatuan itu berkata bahawa berlakunya ‘penyalahgunaan aplikasi oleh kereta persendirian’ yang sepatutnya hanya digunakan oleh teksi sahaja dengan merujuk bahawa hanya teksi yang menggunakannya di luar negara.

Realitinya e-hailing dimulakan dengan menggunakan kenderaan persendirian dan sejak itu semakin ramai yang menggunakan kereta mereka sendiri bagi menambah pendapatan berbanding menghadapi kesukaran memohon permit teksi yang dimonopoli oleh syarikat-syarikat tertentu.

Justeru itulah yang difahami dan dikatakan oleh Anthony Loke iaitu perkhidmatan e-hailing tidak dapat diharamkan kerana telah menjadi trend perkhidmatan di peringkat antarabangsa dan tidak berlaku penyalahgunaan aplikasi e-hailing, seperti yang difahami oleh Kamarudin Mohd. Hussain.

Diharapkan pemandu teksi dan persatuan dapat memahami perkara ini terlebih dahulu sebelum bertemu Menteri Pengangkutan agar pertemuan berlangsung dengan baik.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts