MAHATHIR BERANI SINDIR ANAK RAJA DAN MUFTI, TETAPI TAKUTKAN DAP

5.1k
SHARES
3.7k
VIEWS

Tunku Mahkota Johor (TMJ) sememangnya terkenal lantang bersuara sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi dan bukannya hanya bersuara mengkritik pada zaman Pakatan Harapan.

Beliau merupakan satu-satunya Putera Mahkota daripada sembilan kerabat DiRaja di negara ini yang lantang bersuara bagi menegur kerajaan.

Tiada salahnya apa yang beliau lakukan kerana kerajaan perlu ditegur sepanjang masa apatah lagi kerajaan Pakatan Harapan yang hanya berdegar-degar membuat manifesto dan pelbagai janji yang dimungkiri.

Oleh kerana itu, TMJ tidak disukai oleh Perdana Menteri Tun Mahathir yang terkenal sebagai diktator dan tidak boleh dikritik dan kerap menyindir Putera Mahkota Johor tersebut.

Mahathir sememangnya pantang dikritik dan dibangkang apa yang beliau mahu dan kehendaki, antaranya boleh dilihat melalui kemelut pelantikan Menteri Besar Johor yang menyaksikan Mahathir berbalah dengan Presiden partinya sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kemudian Tun Mahathir lagi sekali tercabar apabila dikritik oleh Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang berkata bahawa rakyat kini ramai beranggapan Islam berada dalam keadaan tidak selamat di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Asri membuat kenyataan tersebut bagi mengulas penangkapan rakannya iaitu Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, yang ditangkap awal pagi semalam atas dakwaan menghina Hindu dalam satu ceramah.

Mahathir yang terkenal ego pantas menyelar Asri dengan menggelarkan Mufti tersebut sebagai ‘pekak’ kerana tidak mampu melihat apa yang kerajaan baru ini telah buat untuk Islam.

Namun Asri mempertahankan kenyataannya sebelum ini dan menyindir kembali Mahathir dengan mengatakan “beliau tidak pasti siapakah yang pekak” sebenarnya melalui laman Facebook beliau.

Jika dahulu Asri sebak apabila Mahathir menangis depan ulama namun kini tentunya beliau tidak berperasaan sebegitu lagi.

Realitinya inilah Perdana Menteri ketujuh, memegang teguh legasi Perdana Menteri keempat yang masih tidak berubah, pantang dikritik pentadbirannya dan suka ‘mencari gaduh’ dengan sesiapa sahaja termasuk negara-negara luar.

Namun di sebalik setiap kelantangan dan sindiran Mahathir terhadap semua yang tidak bersependapat dengan beliau, antaranya terhadap anak Raja, Mufti dan Presiden Bersatu sendiri, beliau masih takut untuk menegur DAP yang dilihat selesa membuat pelbagai perkara tanpa ditegur sedikitpun olehnya.

Persoalannya, kenapakah Mahathir seolah-olah terlalu takutkan DAP dan merestui apa jua tindakan mereka sedangkan beliau adalah seorang Perdana Menteri?

Adakah DAP memberi kata dua kepada beliau, jika ‘kacau’ kami maka kami akan tarik sokongan kami dan berikannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Ataupun masing-masing telah berjanji bahawa selagi mana Mahathir tidak mengganggu sebarang tindakan DAP maka segala salah laku yang dilakukan oleh Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri keempat tidak akan ditimbulkan?

Maka mungkin atas dasar persefahaman inilah maka DAP boleh buat apa mereka suka dan pasukan Mahathir juga membuat apa yang mereka suka kerana masing-masing mengejar masa yang semakin suntuk, sama ada sempat menjadi kerajaan sepenggal ataupun terlebih dahulu ‘dipenggal’.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts