PAKATAN HARAPAN MENGHADAPI KRISIS KEPIMPINAN DAN KRISIS DALAMAN

467
SHARES
2.6k
VIEWS

Dr. Mahathir semalam pada 30 April, menyatakan bahawa penurunan rating populariti beliau dan Pakatan Harapan adalah kerana kesungguhan Kerajaan PH hendak menurunkan kadar rasuah di dalam kerajaan.

Ini juga kerana ada pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan peperangan menentang rasuah di dalam Kerajaan ini.

Kenyataan-kenyataan seupama inilah yang dilihat oleh penjawat-pejawat awam sebagai teguran-teguran yang tidak manis dan keterlaluan oleh Perdana Menteri terhadap penjawat awam.

Penulis berpendapat, mana mungkin, penjawat awam beralih kesetiaan mereka (loyalty), daripada Kerajaan lama (BN) kepada kerajaan baru (PH), sekiranya Dr. Mahathir sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menekan dan menyinggung perasaan penjawat awam.

Kemungkinan Dr. Mahathir terlupa bahawa ketika dia menjadi PM ke-4 pada tahun 1981, kuasa yang berada di tangan beliau sebenarnya adalah kuasa daripada parti UMNO.

Parti UMNO dan BN berada di belakang kekuatan Dr. Mahathir ketika itu, dengan lebih daripada 2/3 kerusi Parlimen.

Ketika ini, senarionya amat berbeza, Dr. Mahathir menjadi PM dengan hanya kekuatan 13 kerusi Parlimen PPBM sahaja (pada awalnya).

Kekuatan sebenarnya berada pada parti DAP dan PKR, di mana kedua-dua parti tersebut kalau dicampurkan, mempunyai lebih daripada 92 kerusi Parlimen.

RATING POPULARITI

Kini, hari ini rating populariti Dr. Mahathir jatuh 37% peratus.

Pada bulan Mei 2018, rating populariti Dr. Mahathir berada di tahap 83% peratus, kini jatuh kepada 46% peratus sahaja.

Manakala, populariti rating PH jatuh daripada 79% peratus kepada 39% peratus sahaja.

Penurunan rating ini adalah kerana rakyat merasa muak dan mual dengan sikap serta dasar-dasar Kerajaan PH.

Rakyat juga merasa kecewa dengan prestasi Menteri-Menteri PH yang tidak mempunyai pengalaman serta sering mengemukakan dasar-dasar yang akhirnya menyusahkan rakyat dan tidak popular.

Rakyat merasakan hala tuju Kerajaan PH berada di landasan yang salah. 46% peratus rakyat merasakan reformasi dan dasar kerajaan sekarang menuju ke arah yang salah.

ULASAN:

Ketidakpuasan hati rakyat terhadap kepimpinan Dr. Mahathir dan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan ini terbahagi kepada 4 perkara iaitu;

1. Kegagalan Kerajaan PH menunaikan janji-janji manis di dalam manifesto mereka;

2. Keadaan ekonomi negara yang bertambah buruk daripada keadaan ekonomi kerajaan terdahulu;

3. Prestasi kerajaan dan Menteri-Menteri PH yang lebih buruk daripada kerajaan terdahulu; dan

4. Kerisauan rakyat terhadap terhakisnya hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu, hak orang-orang Islam serta kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Kerajaan PH kini berhadapan krisis kepimpinan yang amat serius.

Manakala, krisis dalaman pula berada di tahap yang tertinggi (at the highest level).

Krisis antara Dr. Mahathir, TSMY dan Sultan Johor berada di tahap kritikal, apabila Dr. Mahathir melantik Mazlan Bujang sebagai Pengerusi PBBM Johor yang baru menggantikan Osman Sapian dan bukannya Menteri Besar Johor yang baru.

Terkini, semalam Menteri PH, Zuraidah menyatakan bahawa, “kini kita harus bersiap sedia dengan peralihan kuasa.”

Zuraidah penyokong Azmin Ali juga kelihatan sudah kembali menyokong Anwar Ibrahim.

Kepimpinan tertinggi UMNO dan BN seharusnya bersikap bertenang dan mengukuhkan barisan yang sedia ada.

Penyatuan UMNO, BN dengan PAS, nampak mantap untuk menghadapi sebarang kemungkinan samada pilihan raya umum yang lebih awal di peringkat Persekutuan atau Negeri.

UMNO perlu solid dan bersatu. UMNO tidak perlukan perpecahan ketika ini. Penyatuan ummah bersama PAS kini sudah berada di landasan yang betul dan tepat.

Salam.

DSBA

1 Mei 2019

#KERAJAAN PH KERAJAAN SATU PENGGAL

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts