PINDAAN PERLEMBAGAAN TAHUN 1993 ADALAH TIDAK SAH DAN TIDAK BERPELEMBAGAAN

990
SHARES
4k
VIEWS

Oleh Mohd. Khairul Azam Bin Abdul Aziz

1. Saya sedang membaca Hansard Parlimen Kelapan, Penggal Kedua mesyuarat bertarikh 18 Januari 1993 berkaitan dengan perbahasan Pindaan Perlembagaan Persekutuan tahun 1993 yang meluluskan penubuhan Mahkamah Khas untuk membicarakan Raja-Raja Melayu atas kapasiti peribadi Baginda.

2. Selepas membaca Hansard tersebut, saya baru mendapat pengesahan bahawa Pindaan Perlembagaan tersebut adalah tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 38(4) Perlembagaan.

3. Anda boleh buat carian Google sendiri dan membaca lebih 500 muka surat perbahasan di Parlimen ketika itu di pautan berikut http://www.parlimen.gov.my/hansard-dewan-rakyat.html?uweb=dr&arkib=yes

4. YDP Dewan di muka surat 13480 Hansard berkenaan telah mengesahkan telah menerima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jam 2.20 tengahari berkenaan yang mengesahkan Raja-Raja Melayu tidak bersetuju dengan Pindaan Perlembagaan yang dicadangkan tersebut.

5. Ketua Pembangkang Lim Kit Siang di muka surat 13511 Hansard berkenaan telah membangkitkan bahawa sama ada cadangan Pindaan ini sah mengikut Perlembagaan atau tidak kerana Peguam Negara sendiri telah menasihatkan PM bahawa tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu, Pindaan ini tidak boleh diteruskan.

6. Namun Mahathir seperti biasanya degil. Beliau terus dengan bacaan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan tanpa mempedulikan Nasihat Peguam Negara, tanpa peduli kepada Majlis Raja-Raja dan tanpa menghormati Rule of Law.

7. Disebabkan Mahathir memiliki sokongan lebih 2/3 Ahli Parlimen BN ketika itu, beliau teruskan juga perbahasan dan akhirnya Parlimen meluluskan Pindaan Perlembagaan.

8. Sesungguhnya Pindaan Perlembagaan tahun 1993 ini adalah tidak sah dan tidak berpelembagaan.

9. Raja-Raja Melayu boleh mencabar keabsahan kewujudan Mahkamah Khas ini.

10. Yang paling penting, saya bimbang perangai Mahathir yang main ‘bulldoze‘ semua rule of Law ikut suka beliau sahaja.

11. Sebab ada banyak lagi peruntukan Perlembagaan yang tidak boleh dipinda tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

12. Contohnya isu Islam, hak istimewa Melayu, Bahasa Melayu semuanya tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya tanpa perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

13. With the bad precedent yang telah dibuat Perdana Menteri keempat ketika mengabaikan kehendak Perlembagaan untuk perkenan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu, maka APA JAMINAN HAK ISTIMEWA MELAYU SEPERTI YANG TERJAMIN BAWAH PERLEMBAGAAN INI BOLEH SELAMAT DARI DIPINDA TANPA DAPAT PERKENAN MAJLIS RAJA-RAJA?

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts