ESOK KERAJAAN PH PENDEKKAN SOLAT TARAWIH KEPADA 8 RAKAAT

441
SHARES
2.5k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

8 Mei 2019

Tadi di Masjid Putra, Putrajaya telah diumumkan terawih malam esok akan dipendekkan kepada lapan rakaat. Ini untuk memberi laluan majlis sambutan “Satu Tahun Kemenangan Rakyat”.

Di bulan Ramadanpun mahu berbohong lagi. Sudah tiga PRK, PH dikalahkan. Kenapa masih dibelenggu dengan “denial syndrome“? Beberapa kajian juga membuktikan rakyat semakin muak dengan pembohongan kerajaan PH.

Maka kenapa mahu disambut juga “Hari Kemenangan Rakyat”?

Bukankah lebih sesuai dibuat “Majlis Ikrar Melunaskan Janji”.

Apatah lagi di bulan Ramadhan kita memang digalakkan untuk meningkatkan keazaman membuat ke arah yang lebih baik.

Majlis malam esok seperti memaksa rakyat menyambutnya sampai terpaksa memendekkan solat tarawih kepada lapan rakaat. Sepatutnya majlis kepartian seperti itu buatlah di tempat sendiri ataupun sewalah Dewan Konvensyen di PICC atau KLCC.

Jangan pula malam esok akan turut dihadiri oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Maka berlakon lagilah kedua-dua mereka untuk makan duduk bersila dengan juak-juak PH.

Dan kalau malam esok ada majlis ucapan, maka sudah tentulah bulan Ramadan ini dicemari dengan ucapan ucapan pembohongan dan ‘mengencing’ rakyat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts