PEGUAM NEGARA PERLU PERJELASKAN KENAPA KOS GUAMAN KES EQUANIMITY RM2 JUTA

393
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA

Oleh Ismail Sabri Yaakob

Ketua Pembangkang Malaysia

3 Ramadhan 1440H/8 Mei 2019

1. Ramai yang terperanjat apabila Peguam Negara mengumumkan kos guaman untuk kes kapal mewah Equanimity berjumlah RM2 juta dari keseluruhan kos berjumlah RM15.5 juta termasuk kos penyeliaan (maintenance), pelabuhan dan lain-lain. Kos guaman RM2 juta ini dianggap terlalu tinggi lebih-lebih lagi keputusan kes ini adalah secara penghakiman mungkar (default judgment) iaitu tiada sebarang perbicaraan.

2. Ramai yang masih ingat apabila Peguam Negara mengumumkan untuk melantik peguam luar; Peguam Sitpa dari firma guaman milik Tommy Thomas mewakili kerajaan, ramai mempersoalkan tindakan tersebut lebih-lebih lagi mengenai kos guaman. Namun Peguam Negara menjelaskan, tiada sebarang bayaran akan dikenakan kepada kerajaan atau pro bono.

3. Namun terkini kerajaan terpaksa menanggung kos RM2 juta yang dianggap terlampau tinggi berbanding dengan kesukaran mengendalikan kes tersebut.

4. Sejak dari awal ramai yang mempersoalkan kenapa perlu dilantik peguam luar? Adakah Peguam Negara tidak mempunyai kemampuan dan keyakinan untuk mengendalikan sendiri kes ini?

Adakah Peguam Negara tidak mempunyai keyakinan terhadap kemampuan peguam-peguam di Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengendalikan kes ini?

Seperti yang kita semua tahu, AGC mempunyai peguam-peguam yang kompeten dan pakar di dalam semua cabang perundangan termasuk undang-undang Kelautan Antarabangsa dan lain-lain

Jadi kenapa perlu ambil peguam luar?

5. Jikapun kurang yakin, Peguam Negara perlu mendapat nasihat atau pandangan perundangan dari peguam pakar. Malah jika peguam negara atau peguam-peguam AGC kurang yakin, mereka masih boleh menjemput mereka untuk membantu mereka sewaktu perbicaraan.

Dengan cara ini, perbicaraan masih dijalankan oleh peguam AGC dan kos guamannya jauh lebih rendah dan pastinya bukan RM2 juta.

6. Apa yang jelas, dari kes ini adalah Peguam Negara tidak layak menjadi Peguam Negara lagi kerana ketidakmampuan beliau bertindak sebagai Peguam Negara.

Beliau tidak mampu mengendalikan kes untuk mewakili kerajaan. Bukan kes ini sahaja tetapi juga di dalam kes-kes jenayah lain seperti kes yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak dengan melantik peguam luar untuk mengendalikannya.

Akibat ketidakmampuannya kerajaan terpaksa membayar kos guaman yang terlalu tinggi seperti RM2 juta untuk bayaran guaman kes Kapal Equanimity ini.

8. Peguam Negara juga memalukan AGC kerana tidak meyakini peguam-peguam di bawah beliau sendiri. Malah lagi mengecewakan apabila berbohong mengatakan pro bono tetapi akhirnya kos guaman tetap dikenakan.

9. Saya berpandangan di atas kelemahan Peguam Negara, maka Peguam Negara perlu mengambil tanggungjawab ini dengan meletakkan jawatan beliau sebagai Peguam Negara atau Perdana Menteri memastikan Yang Dipertuan Agong untuk menggugurkan beliau dari jawatan Peguam Negara.

10.Ini kerana banyak kesilapan-kesilapan yang dilakukan beliau telah memalukan kerajaan seperti kegagalan menasihatkan kerajaan sehingga kerajaan menandatangani Statut Rom yang akhirnya kabinet membatalkannya.

Tidak cukup dengan itu kenyataan beliau sewaktu Forum Statut Rom dengan jelas menunjukkan beliau gagal bertindak sebagai Peguam Negara yang bertanggungjawab menasihati kerajaan.

Beliau mengatakan tugas Peguam Negara adalah menerima arahan dari kerajaan sedangkan tugas Peguam Negara adalah menasihatkan kerajaan dari segi undang-undang.

Ini bertentangan dengan prinsip dan tanggungjawab beliau untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang.

Ramai mempersoalkan adakah beliau menarik balik tuduhan rasuah terhadap YB Lim Guan Eng kerana menerima arahan dari kerajaan?

Peguam Negara mesti menjelaskannya kepada rakyat.

Kesimpulannya, di atas kelemahan dan ketidakmampuan Peguam Negara maka kerajaan terpaksa menanggung kos guaman yang terlalu tidak munasabah dan menanggung malu dengan membuat u-turn dalam kes-kes tertentu.

Untuk itu, Peguam Negara perlu berhenti atau diberhentikan.

(Dipetik dari laman web beliau)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts