KEGAWATAN EKONOMI AKAN MELANDA NEGARA

4k
SHARES
9.1k
VIEWS

Shah Alam

16 Mei 2019

Kegawatan ekonomi (recession) semakin dapat dirasai di negara ini. Ekonomi negara semakin malap.

Di bulan Ramadan ini, restoran-restoran dan Coffee House di hotel-hotel ternama yang menyediakan juadah berbuka puasa semakin sepi.

Ini merupakan indikasi (indication) yang pertama, bahawa negara bakal berhadapan dengan kegawatan ekonomi dalam masa terdekat.

Sebagai contoh semalam, restoran ternama, Victoria Station di USJ 10, Subang Jaya hanya mampu menarik minat hanya 7 orang pengunjung sahaja. Hanya 3 meja. Dan sehari sebelum itu, hanya dipenuhi dengan 4 orang pengunjung (1 meja) sahaja.

Sebelum ini, di tahun-tahun terdahulu, meja-meja restoran ini dipenuhi dengan pengunjung dan tetamu. Kita perlu membuat tempahan terdahulu hanya untuk makan berbuka puasa di bulan Ramadan.

Ini juga berlaku di restoran-restoran ternama yang lain di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Fakta ini bukannya cerita dongeng. Esok lusa, kita boleh pergi ke restoran-restoran ternama ini dan lihat sendiri betapa sepinya restoran mereka.

Tuan punya restoran ini (seorang peniaga berbangsa Cina) mengakui bahawa ekonomi negara berada di dalam keadaan yang parah.

Beliau mengakui bahawa bila keadaan ini berlaku, orang yang ada duitpun tidak mahu berbelanja kerana takut kepada apa yang akan berlaku di tahun-tahun hadapan.

Beliau juga mengakui, bukan senang untuk menjadi Menteri Kewangan di negara ini. Perlu dilantik seseorang yang benar-benar mahir di dalam bidang ekonomi dan kewangan seperti Tun Tan Siew Sin.

Bagi beliau sudah-sudahlah menyalahkan kerajaan (BN) terdahulu. Terus pandang ke hadapan dan mentadbir negara ini dengan sebaik mungkin.

Pulihkan ekonomi negara dan dapatkan semula keyakinan pelabur dalam dan luar negara.

Memburuk-burukkan kerajaan terdahulu, sebenarnya menakutkan pelabur-pelabur dari luar negara.

Sudah-sudahlah. Buktikan kebolehan mentadbir negara ini.

Ada kebenarannya kata-kata rakan saya ini, seorang peniaga berbangsa Cina yang berjaya di Subang Jaya, Selangor.

Kedua-dua kami bersetuju, sekiranya tiada sebarang tindakan drastik yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan, sudah pasti negara ini akan berhadapan dengan kegawatan ekonomi yang serius.

Masalahnya, siapa yang akan memulakan tindakan ECONOMIC RECOVERY ini?

PENGURUSAN EKONOMI NEGARA INI SEOLAH-OLAH DITERAJUI OLEH 3 KEPALA IAITU:

1. MENTERI KEWANGAN, Lim Guan Eng.
2. PEJABAT PERDANA MENTERI. Dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
3. MENARA ILHAM. Tun Daim Zainuddin.

Sekian.

DSBA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts