ADAKAH ZAHID GAGAL MENGEMUDI UMNO DENGAN BAIK?

101
SHARES
325
VIEWS

Kenapakah UMNO di bawah Presiden baharunya iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kelihatan amat memalukan dan sangat bersikap defensif demi untuk menjaga kepentingan masing-masing di kaca mata Pakatan Harapan?

UMNO ketika ini amat berbeza dengan UMNO dahulu kerana kini pemimpin mereka tidak cukup kuat dan pendirian mereka seperti lalang.

Masalah utama UMNO ialah apabila pemimpinnya kehilangan kuasa, mereka berlumba-lumba menyalahkannya dan menyifatkannya sebagai beban.

Apabila datang sahaja badai persepsi dan fitnah mereka terus terpedaya dan memainkan rentak yang sama dengan Pakatan Harapan.

Kenapakah mereka tidak boleh mencontohi PKR? Datanglah badai apapun, mereka tetap meneguhkan pendirian dan tidak terikut dengan rentak sesiapa.

Mereka langsung tidak mempercayai sebarang pertuduhan yang dikenakan ke atas pemimpin mereka seperti pertuduhan liwat, salahguna kuasa dan skandal video seks dengan perempuan China malah sehingga Datuk Seri Anwar dipenjarakanpun mereka masih memujanya.

Berbeza dengan UMNO, PKR bangkit daripada kekalahan dan merapatkan saf kembali walaupun ketika itu ketua mereka terpalit dengan pelbagai pertuduhan di mahkamah malah terpenjara bertahun lamanya.

Mereka menjadi semakin kuat, bukannya lemah dan apa yang penting mereka tidak terpedaya dengan  mainan persepsi seteru politik mereka dan tidak bersikap menyalahkan sesiapapun.

Zahid perlu hentikan kebodohan ini dalam UMNO jika ingin melihat UMNO berumur panjang.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts