PEMIMPIN UMNO PERLU BELAJAR DARI PENYOKONG PKR

357
SHARES
2.1k
VIEWS

Apa yang berlaku ketika ini amat memalukan UMNO apabila ada beberapa pemimpin mereka seperti Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua UMNO Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani  yang bertindak menikam bekas Presiden mereka, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dari belakang apabila mengatakan beliau adalah bebanan buat parti.

Jauh sekali mempertahankan malah bertindak meninggalkan beliau yang dahulunya dihormati dan disegani selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Ini bermakna UMNO kalah dengan mainan persepsi Pakatan Harapan sejak sekian lama apabila percaya dengan seluruh fitnah terhadapnya terutama 1MDB yang sehingga kini masih belum ada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap beliau.

Senario amat berbeza jika dilihat pemimpin dan penyokong PKR, yang berdiri teguh di sisi Datuk Seri Anwar Ibrahim walau apa jua pertuduhan dikenakan terhadap beliau.

Pemimpin UMNO yang ragu-ragu dan tidak adil ini wajar berjumpa dan belajar dengan ahli PKR bagaimana untuk menghormati dan mempertahankan bekas pemimpin mereka.

Ketika Datuk Seri Anwar dipenjarakan buat kali kedua pada tahun 2015 kerana dituduh meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan serta tersebarnya video yang dikatakan mirip beliau dalam skandal China Doll suatu ketika dahulu, pemimpin dan penyokong PKR tidak berganjak dalam menyokong beliau sepenuhnya.

Kepercayaan tidak berbelah-bahagi penyokong-penyokongnya dan para pimpinan PKR ketika dua episod getir tersebut selain pertuduhan menyalahgunakan kuasa tetap tidak melemahkan semangat mereka untuk sentiasa berdiri teguh di sisi Datuk Seri Anwar.

Mereka tetap mempertahankan beliau walaupun akhirnya didapati bersalah dan dipenjarakan sebanyak dua kali.

Bagi mereka isu dan pertuduhan apapun tidak penting, yang penting adalah melindungi dan mempertahankan Datuk Seri Anwar walaupun beliau ketika itu tidak mampu berbuat apa-apa kerana dipenjarakan.

Kini selepas 20 tahun berlalu dan segala pengorbanan Datuk Seri Anwar kini terbayar dengan mendapat pengampunan penuh daripada YDP Agong serta beliau boleh kembali aktif sebagai Ahli Parlimen, seterusnya menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts