ISU SINGKIR NAJIB: ZAHID HENTIKAN SEGERA DAN FOKUS PADA UMNO

154
SHARES
497
VIEWS

Ketika media pro UMNO dan pembangkang sibuk mengulas dan memberikan penerangan mengikut acuan terhadap pemimpin masing-masing, media pro kerajaan seperti Malaysiakini tidak habis-habis memainkan isu tersebut berulang kali dengan memetik pelbagai sumber, Facebook dan Twitter, dalam dan luar UMNO.

Datuk Seri Mohd. Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sewajarnya;

  • Meminta pemimpin-pemimpin beliau menghormati bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, sekurang-kurangnya dengan tidak mengeluarkan pandangan secara terbuka.
  • Elakkan sebarang pandangan yang disiarkan secara terbuka kerana ia akan membuka ruang untuk dikritik oleh pelbagai pihak yang akan melemahkan UMNO, bukannya Datuk Seri Najib.
  • Mengajak seluruh jentera UMNO terutamanya pemimpin bertenang dan fokus terhadap pembinaan semula imej UMNO selepas mereka kehilangan kuasa di peringkat persekutuan.
  • Abaikan adu-domba yang dilakukan oleh media, apa yang penting tiada lagi ahli UMNO terutamanya dari kalangan pemimpin yang membuat kritikan ataupun cadangan ‘cerdik‘ untuk meminggirkan Datuk Seri Najib yang dipilih secara sah oleh rakyat di kawasan Parlimen beliau.
  • Mengajak pemimpin UMNO untuk muzakarah – Jika beberapa pemimpin UMNO yang terdesak untuk singkirkan Datuk Seri Najib yang selama ini banyak membantu mereka, apa salahnya ke rumah Presiden UMNO dan duduk berbincang untuk mencari jalan terbaik untuk singkirkannya.
  • Lebih baik dan budiman jika dijemput Datuk Seri Najib untuk menyertai muzakarah tersebut namun jangan sekali-kali menggunakan media untuk mencipta persepsi.
  • Kemudian hasil daripada muzakarah tersebut dimuktamadkan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang dijadualkan pada 29 September depan, walau keputusan dicapai melalui muzakarah tersebut, adalah untuk membuang Datuk Seri Najib daripada UMNO.

Melainkan Zahid sendiri suka sekiranya ketika beliau sudah tidak menjadi Presiden UMNO maka pemimpin UMNO lain pula akan melayan beliau sepertimana Datuk Seri Najib dilayan sekarang.

UMNO tidak perlu mempertahankan Datuk Seri Najib kerana beliau sendiri pasrah jika tidak menerima bantuan UMNO, walaupun sepatutnya seluruh jentera UMNO ketika ini tidak kira penyokong, ahli ataupun pemimpin, bangkit menyokong dan membantu beliau.

Sama seperti penyokong, ahli dan pemimpin PKR yang berdiri teguh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan liwat sebanyak dua kali, salahguna kuasa dan terpalit dalam skandal seks ‘China Doll‘.

Walau apapun berlaku, mereka masih meyakini Anwar dan memujanya.

Percayalah, walaupun tanpa Datuk Seri Najib, UMNO sekiranya masih bersikap seperti sekarang; tidak redha menerima hakikat kekalahan secara kolektif serta tidak habis-habis menuding jari sana sini, pasti UMNO tidak akan mampu bangkit sampai bila-bila.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts