MUKHRIZ TIDAK TAHU BERSOPAN SANTUN?

256
SHARES
712
VIEWS

Telah viral satu video di mana Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Mahathir dengan sengaja melangkau daripada bersalaman dengan Sultan Johor dan Tengku Mahkota Johor atau lebih dikenali dengan TMJ dalam sebuah majlis rasmi.

Kemudiannya pelbagai pihak termasuk NGO dan UMNO selain individu yang merasakan perbuatan tersebut sebagai biadap, mengecam perbuatan beliau itu yang dianggap sebagai tidak profesional dan  sangat kebudak-budakan.

Perkara tersebut bukan sahaja disifatkan sebagai memalukan dirinya malah turut dilihat memalukan ayahnya yang juga Perdana Menteri Malaysia.

Masalah tidak mengetahui protokol ataupun tersilap tidak sepatutnya berlaku kerana selaku Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali, beliau tentunya berpengalaman luas mengenai protokol Istana apatah lagi melibatkan Sultan dan Tengku Mahkota sebuah negeri berdaulat.

Walaupun beliau akhirnya memohon maaf, namun tetap dilihat sebagai tidak beradab kerana hanya mengutuskan surat permohonan maafnya kepada Sultan Johor, yang juga dimaklumkan oleh Setiausaha Akhbar beliau.

Malah apa yang melucukan, Setiausaha Akhbar Mukhriz memberikan alasan ‘khilaf atas kealpaan’ yang dibuat oleh Mukhriz di mana beliau juga mengatakan;

“Tidak menggambarkan sifat sopan santun seorang rakyat Kedah Darul Aman”, yang seolah-olah menyindir Mukhriz atas kebiadapan beliau yang tidak tahu bersopan santun.

Perbuatan Mukhriz jelas bukan ‘kealpaan’ namun disengajakan. Muhkriz wajar mengadap Sultan Johor dan bukan hanya mengutuskan surat permohonan maaf.

Sebagai orang yang lebih muda, beliau sepatutnya tahu menghormati mereka yang lebih berusia darinya tidak kira sama ada beliau seorang Sultan ataupun tidak.

Mukhriz juga sepatutnya melupakan sengketa antara bapanya dan kerabat Diraja Johor apatah lagi perbuatan biadap tersebut dibuat ketika urusan pemakaman jenazah Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, yang sepatutnya ketika itu semua tetamu berasa rendah hati dan insaf.

Sikap permusuhan yang ditonjolkan oleh beliau hanya menampakkan sifat kebudak-budakan beliau yang ketara dan tidak wajar ada pada seorang Menteri Besar yang bercita-cita ingin menjadi seorang Perdana Menteri suatu hari nanti.

Jika tidak mahu menjaga nama baik sendiri sekalipun, beliau wajar menjaga nama baik keluarga, terutamanya ayahandanya Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bonda Tun Dr. Siti Hasmah yang membesarkannya selama ini, mengajar sikap sopan dan santun serta menghormati orang yang lebih tua.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts