WIRA PUTRA BANTAH HASUTAN PBK INGIN KELUARKAN SARAWAK DARIPADA PERSEKUTUAN MALAYSIA

160
SHARES
516
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA WIRA PENAJA PUTRA MALAYSIA

10 Jun 2019 | 6 Syawal 1440H

1. Wira PUTRA terkejut dan mengecam dengan keras tindakan kepimpinan Parti Bumi Kenyalang (PBK) mengeluarkan kenyataan menghasut untuk membawa Sarawak keluar daripada Persekutuan Malaysia.

Tindakan parti tersebut mencari publisiti dan sokongan dengan cara amat berbahaya kepada keselamatan negara dan merupakan politik murahan yang paling rendah dan tidak bermoral.

Ia juga adalah satu hasutan yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat Peribumi yang telah hidup secara harmoni selama ini.

2. Tindakan ini juga adalah tindakan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Negara.

Ia perbuatan “treason/menderhaka” yang mengancam keselamatan negara. Kenyataan biadab ini adalah satu sikap yang tidak patriotik dan amat merbahaya kerana kesannya mengancam keharmonian negara.

Pihak keselamatan khususnya polis hendaklah segera mengambil tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada sebelum nasi menjadi bubur.

Para pemimpin parti tersebut tidak wajar mencari jalan pintas bagi mendapat sokongan dan kemenangan dengan cara memainkan isu-isu sensitif yang amat merbahaya.

Siasatan dan tindakan segera pihak keselamatan hendaklah menyeluruh kerana ada kemungkinan terdapat anasir luar memainkan peranan dari belakang secara halus.

3. Tuduhan serta alasan mereka bahawa kepimpinan dari Semenanjung Malaysia yang cuba mendominasi negeri Sarawak adalah tuduhan yang liar dan tidak wajar kerana sehingga kini Sarawak masih melaksanakan sistem pentadbiran dan perundangannya sendiri.

Negeri di Borneo sehingga kini masih menikmati keistimewaan seperti yang telah termeterai dalam MA63. Usaha untuk penambahbaikan MA63 sedang diusahakan dan pasti akan berhasil jika semua pihak ada sifat toleransi dan semangat patriotisme.

4. Wira PUTRA juga meragui adakah mereka yang lantang mahu keluarkan Sarawak dari Persekutuan Malaysia adalah benar-benar anak jati yang tidak bercampur keturunan dengan bukan Peribumi.

Ini kerana kenyataan Presidennya yang mengatakan ia adalah satu kesilapan besar Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 seperti menghina para pejuang anak jati negeri Sarawak terdahulu yang bermati-matian demi memperoleh kemerdekaan.

5. Wira PUTRA menjunjung tinggi kedaulatan negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia termasuk Borneo dan ia tidak sepatutnya dicemari oleh gerakan-gerakan yang mengarah kepada hasutan dengan agenda sekadar untuk memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan datang.

Sekian.

PUTRA PERKASA NEGARA

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Wira Penaja

PUTRA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts