KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA MENGENAI ISU KLIA3

146
SHARES
348
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

1. Telah tular berita mengenai bahawa kerajaan berhasrat untuk membina Lapangan Terbang KLIA3 di Nilai.

2. Rakyat mesti diberitahu kerana ini akan melibatkan tanggungan berbillion ringgit oleh kerajaan atas apa cara kaedah pelaksanaannya. Tidakkah kerajaan ketika ini tidak sedar hutang negara sudah hampir mencecah 1 trilion?

Difahamkan dalam masa 6 minggu 2020 sudah pinjam RM19 billion. Jika  perkara ini tidak benar, mohon Kementerian Kewangan segera nafikan.

3. Adakah wujud keperluan untuk membina KLIA3 ini? Adakah bertujuan untuk memberi projek mega dan lumayan kepada kenalan rapat atau kroni? Sebabnya langsung tidak masuk akal dari apa sudut hujah sekalipun.

4. KLIA 1 sedia adapun belum dimaksimakan kegunaannya. Difahamkan sudah turun tarafnya sehingga seperti lapangan terbang negara dunia kedua atau ketiga dan sudah hilang pendapatan sekitar RM4.4 bilion termasuk kurugian besar yang dialami oleh Malaysia Airport Berhad (MAHB) yang didakwa melebihi 400 juta ringgit. 

Ini belum diambil kira kerugian MAS sebanyak RM21 billion.

Terkini heboh pula MAS akan dijual atau mencari rakan kongsi.

Sedih apabila mendengar cerita ini.

Lebih kurang cerita IMDB juga malah mungkin jauh lebih teruk. Bertiup khabar angin bahawa MAHB juga akan dijual kepada Gatewick UK?

Semua ini memerlukan jawapan yang jelas dari Kementerian Kewangan dan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi kerana rakyat berhak mengetahui apa yang sebenarnya yang berlaku.

5. Hasrat untuk membina KLIA3 bukanlah dogengan atau fitnah kerana mengikut maklumat pada bulan Disember, sudah ada perbincangan  antara kontraktor Gerbang Angkasa dengan pihak konsultan bagi pakej kerja tanah.

Difahamkan pakej kerja tanah sahaja  sudah bernilai RM1.2 bilion, ini belum termasuk kos pembinaannya yang pastinya juga memakan belanja berbillion ringgit.

6. Semua ini adalah seumpama ‘cerita ngeri’ untuk rakyat dan negara. Buat masa ini, dengan mengambil kira hutang negara, perkembangan ekonomi dunia dijangka merudum tahun 2020, harga minyak dan lain-lain komoditi juga tidak stabil dan tidak menentu, kos sara hidup rakyat yang masih tertekan, apakah perlunya KLIA3 dibina pada ketika ini?

7. Kerajaan sepatutnya mengutamakan dahulu beban negara dan rakyat. Tidak perlu memesongkan fikiran rakyat dengan pelbagai hujah kononnya sudah dibuat kajian teliti dan sebagainya untuk menghalalkan pelaksanaan Projek KLIA3 ini untuk dilaksanakan oleh syarikat Gerbang Angkasa.

Suasana dan keadaan sekarang tidak sama dengan tahun 90an dahulu.

8. Rakyat akan menyokong apa jua usaha untuk membangunkan negara tetapi berdasarkan keadaan semasa dan keperluannya.

Tumpukan dahulu supaya lebih banyak syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa singgah di KLIA1, supaya KLIA1 memperolehi keuntungan yang besar terlebih dahulu sebelum membina satu lagi lapangan terbang yan baru. 

PUTRA menggesa Kementerian Kewangan terutamanya agar bertindak dan membuat keputusan profesional dan jangan membuat pertimbangan yang tidak rasional.

Para kontraktor besar juga mempunyai tanggungjawab sosial kepada rakyat dan negara. Memang benar kontraktor atau pemaju ini berhak mencari peluang perniagaan tetapi janganlah pula mengambil kesempatan yang tidak sepatutnya hanya kerana rapat dengan pemimpin-pemimpin tertentu.

Don’t be an opportunist” kerana rapat dengan mana-mana pemimpin.

Ini yang membuatkan pemimpin menjadi mangsa dan rakyat yang menderita, yang banyak berlaku  dan menjadi contoh sebelum ini.

BATALKAN SAHAJA PROJEK KLIA3 BUAT MASA INI.

Salam perjuangan PUTRA demi rakyat. 

Oleh Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

PUTRA PERKASA NEGARA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts