PELANTIKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KELAPAN

127
SHARES
411
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA

1. PUTRA mengucapkan tahniah dan menjunjung kasih kepada YDP Agong kerana akhirnya menyelesaikan krisis kepimpinan negara mengikut budi bicara YDP Agong berdasarkan kuasa yang terdapat dalam Perlembagaan.

2. PUTRA berharap dan berdoa semoga semua pihak menerima dan menghormati apa yang telah dibuat oleh YDP Agong. Adalah penting semua pihak turut sama membantu menjamin keselamatan negara dan memberi kerjasama kepada Perdana Menteri ke-8 yang baru iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Md Yassin.

3. Kepada pihak yang pasti ada tidak berpuas hati berdasarkan mandat rakyat PRU-14 terpaksa menerima keputusan ini dan bersabar kerana 36 bulan atau 3 tahun lagi akan berlangsung PRU-15. Tempoh ini tidaklah terlalu lama dan ketika ini adalah masa untuk Perdana Menteri ke-8 membuktikan kepimpinannya di terima oleh rakyat.

4. Manusia merancang dan Allah menentukannya. Dan bagi orang perjuangan, teruskanlah merancang dan berusaha, kerana perjuangan itu tiada noktahnya.

Titik akhir Allah akan tentukan dari masa ke semasa atas apa jua perkara perjalanan hidup manusia dan wajar semua pihak berdoa semoga Malaysia negara tercinta selamat dan rakyat sejahtera.

PUTRA PERKASA NEGARA

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

29 Februari 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts