ERIC PAULSEN DIGUGURKAN DARI MPKM TETAPI MASIH SEBAGAI WAKIL MALAYSIA DI AICHR

255
SHARES
822
VIEWS

Alhamdulillah, Eric Paulsen bukan lagi ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM). Tahniah dan terima kasih kepada semua NGO yang telah bangkit mendesak dan menekan.

Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana proaktif mendengar desakan dan kegusaran rakyat dalam perkara ini.

Walaubagaimanapun, jangan kita lupa dan terleka, Eric Paulsen masih lagi menjawat jawatan sebagai wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).

Maka, kita mendesak agar kerajaan dapat mempertimbangkan juga untuk mengambil tindakan yang sama untuk menggantikannya dengan orang lain yang lebih berkelayakan.

Kita bimbang fitnah-fitnah dan cerita-cerita palsu mengenai hak asasi manusia di pentas antarabangsa lebih-lebih lagi atas kapasiti beliau yang dilantik sebagai wakil Malaysia ke AICHR.

Kami, pihak NGO-NGO akan terus memantau perjalanan kerajaan dan menegur segala apa yang tidak kena terutamanya dalam lantikan-lantikan yang sedia ada dan yang akan datang.

Kami sentiasa bersedia untuk berjumpa dengan pihak Perdana Menteri untuk agenda yang sama demi masa depan negara yang lebih cerah, mengikut acuan anak watan Malaysia dan Islam sebagai agama negara seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Wallahualam.

Aminuddin Yahaya

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Pembela Islam (PEMBELA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts