MASJID DAN SURAU WILAYAH PERSEKUTUAN DIBERI KEBENARAN BEROPERASI SEPERTI BIASA KECUALI ZON MERAH

399
SHARES
2.3k
VIEWS

Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi seperti biasa berkuatkuasa serta merta, kecuali yang terletak dalam kawasan yang diwartakan sebagai zon merah. 

Walau bagaimanapun, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan masih perlu diterapkan iaitu hanya satu pertiga daripada kapasiti sebenar masjid atau surau tersebut yang dibenarkan. 

Keputusan berkenaan dibuat setelah pihak kerajaan meneliti pematuhan SOP yang komited daripada jemaah dan ahli jawatan kuasa masjid dan surau serta tiada isu berkaitan pelanggaran pematuhan terhadap SOP yang dilaporkan oleh pihak polis.

Sungguhpun begitu, bagi negeri-negeri lain, kebenaran untuk solat berjemaah lima waktu harian dan solat Jumaat, kebenaran operasi tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama  di negeri masing-masing. 

Jemaah yang hadir juga masih perlu menulis nama dan diperiksa suhu badan seperti SOP yang ditetapkan sebelum ini termasuk menjaga penjarakan sosial dan tidak berkumpul beramai-ramai untuk sebarang program lain selain daripada solat berjemaah dan kuliah tertentu, seperti yang dibenarkan sebelum ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts