Dalam diam-diam, sedar atau tidak strategi ‘Kiasu’ sebenarnya mahu meletakkan seberapa ramai yang boleh kaum mereka di dalam Parlimen tanpa mengira sama ada ianya calon daripada MCA, DAP, GERAKAN hatta PKR sekalipun. Oleh itu Kiasu akan terus mendesak supaya MCA menuntut semua kerusi tradisi, yakni kerusi yang sebelum ini diletakkan calon Cina di kawasan yang berpotensi memberi kemenangan walaupun kawasan itu jelas majoritinya Melayu. Desakan ini lebih menggila terutamanya apabila MCA kini berada bersama PN yang mana merupakan kerajaan Melayu-Muslim.
2. Dengan menguasai majoriti kerusi di dalam Parlimen, maka segala bentuk tuntutan dan cadangan penggubalan akta yang mewakili kepentingan Kiasu atau kaum Cina akan menjadi lebih mudah. Pertambahan kerusi Cina bermakna pengurangan kerusi Melayu. Ini seterusnya akan mempengaruhi kuasa tawar-menawar di dalam Dewan Rakyat. Kuasa politik Melayu tentunya berkurangan lantaran perpecahan parti-parti Melayu sedia ada dan tidak senada. Yang lebih memburukkan keadaan adalah ada di antara wakil-wakil rakyat Melayu tersebut merupakan barua Kiasu dan Cina serta hanya menjadi Pak Turut seperti PAN termasuk mereka yang telah rosak fikiran mereka dengan fahaman liberalisme seperti PKR. Golongan ini tentunya tidak boleh diharapkan mewakili majoriti Melayu di Malaysia.
3. Seterusnya kita akan menyaksikan harapan untuk meletakkan Islam di tempat tertinggi berkecai. Dan agenda mengangkat Mahkamah Syariah seperti RUU 355 akan menjadi kenangan. Yang akan kedengaran kelak adalah cadangan membuang perkataan Islam dari kad pengenalan dan juga cadangan pengiktirafan UEC. Kesemua kebiadapan ini berlaku ketika mereka belum lagi menjadi majoriti. Aspirasi Kiasu Cina tentunya mendapat sokongan dari wakil rakyat non-Muslim yang lain, keadaan ini yang akan memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.
4. Senario ini amat merbahaya dan umat Islam harus menyedari perkara ini sebelum terlambat. Bagi mengatasi keadaan ini, MN mesti bertegas dalam memastikan kesemua kawasan majoriti Melayu WAJIB diberi kepada calon Melayu Islam tanpa kompromi dengan sesiapa jua pun. Jangan nanti kita hanya mampu tercengang tanpa dapat berbuat apa-apa apabila hak keistimewaan orang Melayu dicabul, dan lebih parah lagi apabila ada usul yang mahu mengugut kedudukan Raja-Raja Melayu.
5. Sebelum ini dalam BN tidak ada PAS. Sekarang orang Melayu sudah ada MN, iaitu gabungan antara parti PAS dengan UMNO yang majoriti ahlinya adalah Melayu Islam. Kerusi tradisi UMNO tentunya terpaksa dikongsi bersama dengan PAS. Ini tentu tidak menguntungkan permuafakatan politik sedia ada dan bakal mengundang konflik. Bagi mengatasi masalah tersebut maka adalah lebih baik kerusi majoriti Melayu yang sebelum ini dipegang MCA dan MIC diberikan kepada PAS. Adakah setelah PRU-14, UMNO masih mahu berharap kepada MCA dengan membelakangi PAS jika kawasan majoriti Melayu berpotensi dimenangi oleh calon Melayu? Hanya dengan berselindung di sebalik “setia kawan” sekalipun, ternyata mereka telah gagal maka adakah masih perlu diserahkan juga kepada MIC atau MCA? Adalah lebih baik sekiranya MCA memberi tumpuan kepada kerusi majoriti non Melayu yang nampaknya mempunyai prestasi buruk sehingga gagal dipertahankan.
6. UMNO dan juga PAS kena ingat dan sedar bahawa saat ini momentum menolak PH semakin hari semakin menebal di dalam hati orang Melayu. Oleh itu, jangan kerana hendak menunjukkan setia kawan kepada MCA dan MIC, maka mangsa korbannya orang Melayu, kelak Melayu akan mulai mual dan bosan dengan MN pula, sedangkan sudah terang lagi bersuluh MCA dan MIC GAGAL menawan pengundi bangsa mereka sendiri.
7. Cukup-cukuplah bermain strategi politik pusing sana sini namun masih beralasan mahu menjaga hati setia kawan, sedangkan kawan itu sendiri mengkhianatinya hingga ke tahap kehilangan kerajaan dan akibatnya segala yang dibina oleh UMNO semasa mentadbir kerajaan sekian lama dalam sekelip mata tergadai dan lenyap daripada pandangan akibat dilelong. Adakah UMNO mahu mengatakan MCA dan MIC tidak bersalah?
8. Dan ahli UMNO harus ada saja’ah (BERANI) bersuara menegur dan menasihati pemimpin yang sudah tamat tarikh luput atau sudah patut berundur kerana terpalit dengan sejarah yang tidak menyenangkan. Dan pemimpin itu juga harus menerima kenyataan bahawa dirinya sudah menjadi liabiliti kepada parti. Ahli-ahli bawahan sudah menyampah dan meluat dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin yang buruk perangai itu. Perubahan paradigma perlu dilakukan, UMNO dan PAS adalah parti sandaran majoriti orang Melayu maka pemimpin harus berani mengadap cermin dan berani pula mengatakan di mana letaknya dirinya di dalam parti? Adalah lebih elok pemimpin-pemimpin tersebut berundur secara terhormat.
9. Sekiranya MN masih pengecut dan tidak mempunyai kejantanan untuk berbuat demikian, pemimpin-pemimpin Melayu kena peka dan bertindak segera dengan bijak menghantar calon-calon Melayu di kawasan Melayu untuk mensabotaj rancangan Kiasu dan Cina. Umat Melayu Islam perlu lebih bijak dan berlepas diri daripada politik kepartian sempit. Sebenarnya Melayu tidak ketandusan, tanpa UMNO dan PAS, kita masih mempunyai parti-parti Melayu lain seperti PUTRA, BERJASA dan IKATAN. Sekiranya MN masih meletakkan calon MCA, umat masih mempunyai calon Melayu Islam lain yang boleh dipilih.
10. Umat Islam mesti ada pilihan memilih Melayu Islam dalam setiap kawasan yang dipertandingkan. Mesti ada calon Melayu Islam, tidak kira parti apa sekalipun, dan jika terdapat Melayu lawan Melayu maka pengundi harus bijak memilih Melayu Islam yang mempunyai integriti, intelektualiti dan spiritualiti (kerohanian) yang tinggi serta berakhlak mulia, beradab dan tawaduk. Semua ini perlu bermula dengan ilmu, mempunyai kefahaman dalam politik Islam dan bukan politik kepartian, ini perlu mula diajar di masjid-masjid sebagai pencetus proses ‘overhaul‘ politik Melayu Islam di Malaysia.
Haji Rashidi bin Haris
Ketua Media MUAFAKAT
Ketua Komunikasi & Multimedia PEMBELA