SYABAS SPRM, GUAN ENG AKHIRNYA DITAHAN

912
SHARES
5.4k
VIEWS

Tentunya bekas Menteri Kewangan DAP Lim Guan Eng tidak menyangka dirinya senasib dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada waktu malam untuk didakwa keesokan harinya. 

Hari kejatuhan Pakatan Harapan setelah bekas Perdana Menteri ketujuh Tun Mahathir tersilap besar meletakkan jawatan yang sangat memalukan dirinya menjadi igauan ngeri buat Guan Eng yang penuh kontroversi bersekongkol dengan bekas Menteri Agama menjual aset-aset umat Islam Tabung Haji, akhirnya menjelma juga. 

Walaupun perjalanan kes ‘Terowong Ajaib’ Guan Eng ini masih panjang namun pasti anak Penasihat DAP ini tidak boleh tidur malam menanti dihadapkan ke mahkamah. 

Namun begitulah nasibnya apabila keesokan hari akan didakwa di bawah tiga pertuduhan, satu di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur dan dua di Mahkamah Seksyen Pulau Pinang.

Tentu partinya DAP dari awal akan memainkan persepsi Lim Guan Eng sebagai ‘suci bersih’ dan kononnya menjadi mangsa kerajaan tetapi hakikatnya semua orang sudahpun tahu apa yang berlaku dengan terowong Pulau Pinang yang penuh dengan isu dan kontroversi.

Diharapkan dalam kes skandal Tabung Haji, beliau juga akan dihadapkan ke mahkamah ataupun Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bersama Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa kerana secara rakus menjual aset dan syarikat milik umat Islam kepada orang bukan Islam dengan harga yang jauh sangat murah.

Bukan sekadar Terowong Ajaib, Tabung Haji malah lain-lain kebejatan yang beliau buat selama 22 tahun di puncak kuasa akan dibongkarkan termasuk berhutang dengan negara luar tanpa sebab sehingga Menteri Kewangan baharu sendiri kehairanan.

Jika bekas Perdana Menteri yang mentadbir cemerlang selama hampir 10 tahunpun boleh didakwa dan disabitkan kesalahan, apalah sangat Guan Eng yang gagal mentadbir kewangan negara secara konsisten selama 22 bulan. 

Syabas SPRM. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts