HARAP RAKYAT BERI MANDAT UNTUK UMNO BAIKI NEGARA DAN SELESAIKAN SEMUA, “ONCE AND FOR ALL”

499
SHARES
1.6k
VIEWS

Ahli Parlimen Gua Musang iaitu YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Ali Ku Li menjelaskan bahawa sokongan UMNO yang diberikan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bersifat sementara, sebelum memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Kemudian terpulang kepada rakyat untuk memilih mana-mana pemimpin dan parti yang mereka diyakini dapat membawa dan memperjuangkan mandat rakyat sepenuhnya.

Saya berpegang kepada keputusan UMNO iaitu sokongan yang diberikan hanya berada secara sementara bagi menstabilkan keadaan dan melenyapkan krisis politik, agar rakyat dapat hidup dengan baik.

Dan kita harap selepas penyelesaian krisis, akan diadakan Pilihan Raya Umum (ke-15) dan rakyat akan diberikan kuasa untuk memilih.”

“Kalau rakyat fikir UMNO layak, maka rakyat akan memberi mandat kepada kita, mandat yang besar dan kuat, supaya dapat kita baiki keadaan dalam negara.”

Pertama, menjamin ekonomi kita berjalan dengan pantas, (kedua) selain daripada cuba menyelesaikan masalah Covid-19 yang membahayakan kehidupan rakyat.”

Yang ketiga, supaya keadaan politik dalam negara terus stabil dan kita akan buat perubahan-perubahan yang tidak akan merungsing atau menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.”

Iaitu soal Melayu bukan orang asal, orang Cina orang pendatang… Tidak akan menyenangkan pemikiran rakyat. Kita nak selesaikan, once and for all.

Begitulah ketegasan dan pandangan Ku Li yang juga merupakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO dalam satu wawancara bersama portal berita Malaysian Insight.

Apabila ditanya bilakah waktu yang paling sesuai untuk PRU-15 dilaksanakan, Ku Li menjawab ringkas, “Sekarang.”

Ikuti wawancara sepenuhnya di pautan;

https://www.facebook.com/themalaysianinsight/videos/1543508985821252/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts