BUKAN PERSOAL SIAPA, PERSOAL CARA SPEAKER DILANTIK

215
SHARES
695
VIEWS

Pembangkang tidak mempersoalkan mengenai siapa dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat tetapi mengkritik perbuatan kerajaan Pakatan Harapan melanggar peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat.

Kerajaan melanggar peraturan dewan dan pada masa yang sama mempertahankan tindakan tersebut sebagai tiada kesalahan walaupun terdapat percanggahan yang jelas mengenai tarikh yang mereka sendiri maklumkan seperti yang boleh dilihat di bawah:

  • 23 Jun – Wujud spekulasi mengenai Tan Sri Dr. Rais Yatim bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat
  • 6 Julai – Tan Sri Dr. Rais Yatim kata beliau sedia jika dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat namun belum menerima sebarang surat
  • 8 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata satu mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Harapan akan diadakan untuk memutuskan senarai akhir calon speaker
  • 8 Julai – Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan berkata nama-nama calon telah disenarai pendek dan akan diputuskan dalam waktu terdekat
  • 10 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail  berkata Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengumumkan nama calon tidak lama lagi di mana mesyuarat bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan semalamnya telah sepakat memilih satu nama bagi jawatan tersebut
  • 10 Julai – Datuk Johari Abdul, ahli Parlimen Sungai Petani dijangka menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat
  • 11 Julai – Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dilaporkan berpotensi dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat
  • 13 Julai – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menyokong penuh sekiranya Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Lim Kit Siang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat
  • 15 Julai – Perdana Menteri mengesahkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu
  • 16 Julai – Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kesembilan

Menurut Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, beliau mendapat maklumat mengenai pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat hanya dimaklumkan kepada Parlimen dalam tempoh yang singkat.

Beliau mengulas mengenai pemilihan Datuk Mohamad Arif Md. Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang tidak mengikut peraturan Parlimen.

Annuar berkata, bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertemu dengan Setiausaha Dewan Rakyat iaitu Datuk Rosmee Hamzah beberapa hari lalu dan dimaklumkan oleh Datuk Rosmee bahawa belum ada nama yang dihantar kepadanya.

“Beliau datang ke Parlimen dua ke tiga hari lalu dan Setiausaha Dewan memaklumkan belum terima nama (Yang Dipertua Dewan).”

“Maksudnya, Pakatan Harapan masih belum ada nama untuk dipilih selepas 2 hari bulan, tiada persetujuan dicapai mereka siapa yang sepatutnya dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts