BERJAYAKAH ANWAR MENJADI PERDANA MENTERI?

409
SHARES
1.3k
VIEWS

1. Selagi tidak dibubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, selagi itulah pergolakan politik tanahair tidak akan reda, sama ada negara diancam pandemik Covid-19 ataupun tidak.

2. Perang persepsi dan prasangka yang dimulakan sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat sidang media mempunyai sokongan majoriti, sudahpun berjaya dimainkan. Malah poster senarai nama para ‘Menteri Kabinet’ juga sudah galak diviralkan.

3. Walau ada antaranya tidak logik sebagai contoh Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang penggalnya sebagai Ahli Dewan Negara atau Senator sudahpun berakhir.

Rujuk sindiran beliau di pautan; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3887645227932162&id=116331768396879

4. Perlakuan kebanyakan ahli politik tetap sama walaupun mereka kata berjuang demi rakyat, berjuang demi kehidupan lebih baik, berjuang demi itu dan ini yang hanya menjadi retorik politik untuk menarik undi kepadanya. 

5. Sebagai contoh, ketika permulaan awal gelombang Covid-19 yang pertama berlaku, ketika itu Langkah Sheraton dimulakan walaupun berisiko. Kini Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula akan melangkah ke Istana mengadap YDP Agong pada Selasa hadapan untuk membuktikan sokongan majoriti terhadapnya, walaupun gelombang ketiga Covid-19 melanda negara. 

6. Rakyat tidak terlibat langsung dalam percaturan ini dan ia hanya diputuskan oleh mereka yang diundi dan diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya sebelumnya. Justeru sebarang perubahan sepatutnya diserahkan kembali kepada rakyat melalui pilihan raya. 

7. Bagaimanapun, ketika ini tentu berdebar-debar hati Anwar dan penyokong-penyokongnya yang setia menanti tarikh mengadap YDP Agong Selasa ini. Tarikh yang akan menentukan nasib dan hala tuju Anwar serta PKR selepas ini.

8. Jika difikirkan secara logiknya beliau tidak akan berani memohon perkenan mengadap YDP Agong jika beliau tidak mempunyai sokongan majoriti atau hanya untuk ‘test market‘ sahaja. Hal kali ini tidak sama seperti bulan September  2008 sebelum ini yang tidak melibatkan YDP Agong serta Istana dan ‘keberanian’ Anwar ketika ini dilihat lebih berasas.

9. Siapa menyokong beliau itu tidak penting, kerana yang penting dan lebih utama ketika ini ialah tercapaikah hasrat beliau menjadi Perdana Menteri? 

10. ‘Timing‘ beliau ketika ini mungkin agak tepat kerana YDP Agong tidak mungkin perkenan Parlimen dibubarkan serta merta ketika ancaman Covid-19 memuncak semula.

11. Maka YDP Agong boleh melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa melepaskan jawatannya kerana tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat. 

12. Atau baginda juga boleh melantik individu lain sebagai Perdana Menteri Interim sehingga PRU-15 kelak, yang ketika ini masih tidak sesuai diadakan sekiranya baginda bersetuju Parlimen dibubarkan. Ini yang menjadi igauan Anwar. 

13. Malah jawatan ini boleh diisi oleh sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai oleh baginda Tuanku termasuk Muhyiddin sendiri, tanpa memerlukan baginda menilai sokongan mana-mana Ahli Parlimen terhadapnya. 

14. Hakikatnya, walaupun satu dunia berkehendakkan Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi jika tidak ditetapkan Allah Taala, maka hajat beliau tetap tidak akan kesampaian. 

15. Begitu juga jika satu dunia bertindak menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi jika Allah Taala menetapkannya sebagai Perdana Menteri, maka itulah yang pasti dan pasti akan berlaku.

16. Ia bukan ketetapan Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, bukan ketetapan Raja-raja atau  sesiapa jua. 

Tetapi semuanya dengan izin dan ketetapan Allah Taala semata-mata.

17. Mafhum hadis di atas ini yang lebih penting dan wajib dipercayai oleh semua terutamanya yang beragama Islam. Yang lain-lain itu hanya usaha masing-masing, mungkin ada yang dibenci oleh-NYA, mungkin ada yang disukai-NYA.

18. Rakyatpun berdebar-debar juga menanti apa kesudahannya. Bagi majoriti rakyat, sesiapapun yang memerintah tetap sama, kehidupan mereka tetap begitu juga. Dekat pilihan raya irama yang sama akan didendangkan tetapi bila mendapat kuasa, semuanya dilupa. 

19. Contoh mudah isu Tabung Haji tidak disiasat dan kes pembunuhan arwah Adib tetap tidak mendapat pembelaan walaupun kerajaan pimpinan Melayu Islam yang memerintah ketika ini. Begitu juga lantikan politik, penyalahgunaan kuasa Pakatan Harapan dan isu-isu lain, hampir tiada langsung ‘undo‘ yang dilakukan oleh Muhyiddin sehingga rakyat mula sangsi apa ‘deal‘ yang berlaku di antara mereka. 

20. Jadi bagi rakyat ia tetap sama, ahli politik yang bertindak mencatur semuanya. Apapun rakyat lebih suka pilihan raya bukannya peralihan kuasa. 

Wallahualam.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts