JASANUSA GESA UMAT ISLAM BOIKOT PRODUK PERANCIS

117
SHARES
376
VIEWS

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jalinan Sahabat Nusantara (Jasanusa) iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menyokong gerakan pelbagai pihak dari kalangan umat Islam di seluruh dunia untuk memboikot produk keluaran negara Perancis.

Umat Islam mempunyai hak untuk membantah kerajaan Perancis pimpinan Presiden, Emmanuel Macron yang ternyata menghina Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Inilah masa untuk umat Islam membuktikan solidariti bagi menjayakan gerakan boikot itu selain bantahan menerusi media sosial yang ditujukan kepada Perancis.

Sesungguhnya penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW tidak boleh dibiarkan sebaliknya mesti dibantah habis-habisan. Kegagalan umat Islam untuk bertindak akan menyebabkan penghinaan terhadap kesucian Islam akan lebih berleluasa khususnya di negara-negara Barat.

Jasanusa berpendapat tindakan memboikot adalah antara senjata berkesan kerana ia mampu memberi mudarat kepada ekonomi Perancis.

Bukanlah sukar bagi umat Islam di negara ini untuk mengenalpasti produk-produk Perancis yang terdapat banyak di pasaran sebagaimana yang tular di media sosial sekarang.

Malah jika tiada perubahan sikap dan pendirian kerajaan Perancis berhubung isu tersebut, gerakan boikot itu harus diteruskan sehingga mencapai objektifnya.

Dalam hubungan ini, Kerajaan Malaysia digesa agar tidak membeli apa sahaja kelengkapan pertahanan dari Perancis.

Begitu juga dengan kemudahan dan peralatan teknologi utama bernilai tinggi, yang sebenarnya boleh diperolehi daripada sumber negara lain.

Dengan kata lain, tindakan memboikot produk Perancis ini harus menyeluruh. Ia bukan sahaja sekadar melibatkan barangan pengguna seperti yang dijual di pasaraya dan pusat membeli-belah.

Langkah tersebut akan memberi mesej jelas bahawa Malaysia bebas bersuara dan bebas untuk mengambil apa sahaja langkah sewajarnya bagi menangani sikap anti-Islam kerajaan Perancis.

Kenyataan Macron yang menyifatkan penyiaran kartun menghina Nabi Muhammad SAW sebagai hak kebebasan bersuara rakyat negara itu, tidak boleh diterima sama sekali.

Macron sepatutnya bijak menangani isu pembunuhan seorang guru memaparkan karikatur Nabi Muhammad SAW di dalam kelas dan perbuatan yang sama oleh majalah satira Charlie Hebdo.

Punca atau akar permasalahan perlu terlebih dahulu diatasi dan bukan sebaliknya mengaitkan serta menyalahkan Islam.

Macron perlu berlaku adil dengan tidak menyokong apatah lagi mengiktiraf perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW di negara itu.

Hakikatnya Islam bukanlah agama yang menyemarakkan keganasan sebagaimana yang selalu ditohmah oleh Barat.

Sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, telah terbukti Islam adalah agama yang paling harmoni, damai dan mencintai keamanan. Dalam banyak peristiwa, umat Islam sebenarnya selalu menjadi mangsa kezaliman dan keganasan sebagaimana ketika penjajahan Perancis ke atas Algeria.

Betapa ramai yang mati dibunuh dan diseksa manakala wanita dirogol, yang menyaksikan jenayah kemanusian terburuk. Sejarah keganasan dan jenayah kemanusian oleh Perancis ke atas umat Islam sudah lama terakam oleh sejarah.

Samsudin Awang

Presiden Jasanusa

1 November 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts