• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Sunday, May 28, 2023
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

TTPM PERINTAH SHOPEE PULANGKAN RM2.70 KEPADA PENGGUNA

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
March 23, 2022
in Laporan, Utama
0
TTPM PERINTAH SHOPEE PULANGKAN RM2.70 KEPADA PENGGUNA
53
SHARES
585
VIEWS
KUALA LUMPUR: Shopee Mobile Malaysia Sdn.Bhd (Shopee) diperintah memulangkan RM2.70 kepada seorang pekerja pencuci kereta selepas produk yang diterima tidak sepertimana yang dipesan sewaktu pembelian di Shopee.
Perintah itu dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Cawangan Kuala Lumpur selepas pendengaran kes itu di hadapan Presiden Mohamad Hafisol Yusoff dengan kehadiran kedua-dua pihak, Penuntut dan Penentang (Shopee). Shopee juga diperintahkan untuk membuat pemulangan RM2.70 tersebut di dalam bentuk wang tunai dan bukannya dalam bentuk Shopee Voucher.

Berdasarkan fakta kes, penuntut Shamsuddin Awang, 40, telah membeli span penggilap kereta di Shopee pada 1 November 2021. Namun span yang dihantar kepadanya bukan bersaiz diameter skru 10 milimeter seperti yang dipesan, sebaliknya bersaiz skru 8 milimeter.

Beliau telah memohon pertukaran dari penjual tersebut namun tidak dilayan sebaliknya penjual menawarkan pemulangan wang 10 sen daripada harga RM2.70 span itu. Shamsuddin kemudiannya membuat aduan kepada Shopee berhubung pemulangan 10 sen itu, namun pihak Shopee membuat keputusan memihak kepada penjual dengan alasan pembeli telah menerima penghantaran produk tersebut.
Merasa terhina dengan 10 sen tersebut serta diabaikan hak sebagai pengguna,  pada 24 November 2021 beliau memfailkan kes tersebut di TTPM Wilayah Persekutuan manakala satu saman diserahkan ke ibu pejabat Shopee di Mid Valley City Kuala Lumpur.Shamsuddin berkata dia tidak terkilan membelanjakan ratusan ringgit semata-mata untuk menuntut RM2.70 itu kerana perkara penting baginya adalah untuk menuntut keadilan sebagai pengguna agar kes itu dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat.

“Ramai pembeli yang bersikap ‘tidak apalah, sikit sahaja’ apabila dianiaya oleh penjual  dalam setiap produk atau perkhidmatan sama ada dala talian atau luar talian.”

“Ia menyebabkan pihak penjual atau pemilik laman e-dagang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berganda hasil daripada sikap ‘tidak apa’ masayarakat,” katanya.

Menurutnya, TTPM boleh menerima kes tuntutan bagi sebarang urusniaga pembelian atau perkhidmatan yang tidak melebihi nilai RM50,000. Bagaimanapun, Penuntut dan Penentang tidak boleh diwakili peguam.

“Sekiranya pihak Penentang gagal mematuhi  pampasan (Award) yang diperintahkan oleh TTPM, dia boleh dipenjarakan maksimum dua tahun di bawah  Subseksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya.

Tags: Shamsudin AwangShopeeTTPM
Previous Post

MASS MEDIA OF RUSSIA ABOUT SITUATION IN UKRAINE – II 

Next Post

MAKAN PERCUMA & JUALAN HARGA KILANG SEMPENA HARI TERBUKA LENGQUAS

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

SIDANG DAMAI SELATAN THAI: TAHNIAH TAN SRI RAHIM NOOR – JASANUSA

SIDANG DAMAI SELATAN THAI: TAHNIAH TAN SRI RAHIM NOOR – JASANUSA

January 14, 2022
BENARKAN URUSAN NIKAH DILAKSANAKAN KEMBALI DI MASJID

BENARKAN URUSAN NIKAH DILAKSANAKAN KEMBALI DI MASJID

December 11, 2020
JASANUSA GESA UMAT ISLAM BOIKOT PRODUK PERANCIS

JASANUSA GESA UMAT ISLAM BOIKOT PRODUK PERANCIS

November 1, 2020
SIAPA MENANG BIDAAN PLUS?

SIAPA MENANG BIDAAN PLUS?

January 13, 2020

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In