ANNUAR MUSA PERLU SEGERA JELASKAN PENDIRIAN ATAU MEMINTA MAAF

1.6k
SHARES
5.1k
VIEWS

Kenyataan terbuka Ketua Penerangan Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa mengenai kerjasama PAS dan UMNO dalam Muafakat Nasional yang semakin ‘lain macam’ akhir-akhir ini wajar dijelaskan segera oleh beliau atau pucuk pimpinan UMNO sendiri. Selain dari menimbulkan keresahan dalam ahli UMNO terutamanya akar umbi, ini juga bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul antara UMNO dan PAS.

Annuar tidak sepatutnya berkata sedemikian dalam masa Muafakat Nasional sedang diperkukuh. Mungkin niat Annuar baik dan bukan untuk sabotaj walaupun ramai berpandangan sedemikian, tetapi tindakan beliau tetap tidak wajar dilakukan.

Annuar bukan ahli politik yang masih mentah ataupun masih ‘hijau’ dan tidak berpengalaman yang mungkin sekali sekala tersilap cakap dan tidak tahu menilai kesan daripada percakapannya, tetapi dengan keyakinan dan kepetahannya ketika berhujah, ditambah dengan pengalaman politik, tidak mungkin beliau menonjolkan sikapnya memihak kepada parti lain dan bukan partinya sendiri melainkan sememangnya “ada udang di sebalik batu”. 

Sukar juga difahami jika Annuar beralasan bahawa beliau perlu ‘menjaga hati’ kedua-dua belah pihak antara Perikatan Nasional yang beliau terikat sebagai menteri dan Muafakat Nasional yang dinaungi partinya, kerana cara beliau menyalahkan UMNO dan terlalu memihak kepada Bersatu dan Perikatan Nasional sememangnya tidak profesional, memalukan dan merendahkan martabatnya sendiri selaku Ahli Parlimen UMNO.

Annuar sepatutnya menjadi orang tengah sebagai ‘pendamai’ jika beliau rasa UMNO dan Bersatu sukar bekerjasama dan jangan sesekali mengaitkannya dengan PAS dan Muafakat Nasional, jika PAS sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut – melainkan Annuar tahu apa yang tidak diketahui oleh UMNO sendiri. 

Seperti kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad, yang tidak ada, diada-adakan pula dan beliau sendiripun tertanya-tanya Annuar mewakili siapa sebenarnya.

Macam TS Annuar hadir lain mesyuarat kot? Takkan mesyuarat yang sama tatapi lain pula rumusannya.” 

Apa pasal begitu? Yang tidak ada, diada-adakan pula.” 

TS Annuar ni mewakili siapa pula?” 

YB Presiden kena ada ‘political will’ kalau apa yang Ketua Pemuda UMNO lebih tepat rumusannya dari apa yang suarakan secara umum oleh YB Annuar Musa.”

Rujuk pautan; https://www.facebook.com/1909073655805515/posts/3613934158652781/

Annuar mungkin boleh nafikan apa sahaja selepas ini tetapi apa yang telah dicakapnya tidak mungkin boleh diputar kembali untuk diubah. Hanya tinggal satu cara iaitu beliau perlu berjiwa besar dengan meminta maaf kepada PAS dan UMNO kerana terlepas cakap tanpa merujuk Muafakat Nasional terlebih dahulu.

Atau Annuar mungkin ada satu cara lain namun masih belum diisytiharkan sahaja, tetapi ‘bunga-bunga’nya sudahpun ada yang semua sudah sedia maklum – walau sebagus manapun beliau cuba menyembunyikannya.

Wallahualam. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts