JANGAN KELIRU UMAT ISLAM DAN BUKAN ISLAM MENGENAI PENGHARAMAN ARAK

225
SHARES
726
VIEWS

1. Firman Allah SWT dalam Al-Quran ini jelas dan tidak perlu huraian panjang mengenai pengharaman arak, iaitu:

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ma’idah: ayat90)

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah Al-Ma’idah: ayat 91)

2. Justeru, langkah menguatkuasakan larangan dengan garis panduan penjualan arak yang baru oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disifatkan sangat wajar yang pasti mendapat sokongan majoriti rakyat. Kegembiraan ini berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa apabila beliau berkata: “Kita terima banyak pandangan daripada orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik. Ia dikaitkan dengan beberapa perkara termasuk soal pelesenan, kaedah mengeluarkan lesen, waktu arak dijual, pembeli dan sebagainya. Maka DBKL berpendapat wajar lesen baharu tidak dikeluarkan hingga garis panduan lebih kemas dan teratur dikeluarkan, selain kini kita sedang meneliti kaedah penambahbaikan,” katanya.

Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/715569/dbkl-perkenal-garis-panduan-baharu-penjualan-arak

3. Disusuli pula dengan kenyataannya di laman peribadi di Twitter bila menyebut: “Keputusan DBKL tidak membenarkan kedai runcit menjual arak mulai Oktober 2021 adalah muktamad,” kata Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu melalui ciapan di Twitternya.

Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/article/110903/BERITA/Nasional/Larangan-kedai-runcit-jual-arak-muktamad

4. Berita baik ini disambut gembira oleh pelbagai pihak yang memperjuangkan kesucian agama Islam, terutamanya dari kalangan pertubuhan Islam bukan kerajaan (PIBK) seperti PEMBELA, PERTAHAN, PERKASA, dan lain-lain yang majoritinya bersetuju malah mahu diketatkan lagi sehingga kilang arak itu berjaya ditutup. Kegembiraan ini digambarkan sehingga menyarankan negeri-negeri lain juga mencontohi ketegasan Menteri Wilayah Persekutuan.

Rujuk: https://mhdaily.net/larangan-jualan-arak-perlu-diperluas-ke-perak/

5. Namun, kegembiraan pihak PIBK tidak sampai seminggu, hanya beberapa hari sahaja apabila dalam masa yang sama Menteri yang sama itu juga telah membuat kenyataan yang bertentangan dengan yang dikatakan oleh beliau sebelumnya, iaitu apabila beliau berdalih dengan berkata; “Bir masih boleh dijual di kedai sedemikian tetapi pada waktu-waktu ditetapkan yang peraturan ini diguna pakai di semua negara.

Rujuk: https://www.sinarharian.com.my/article/111281/EDISI/Selangor-KL/Bir-dibenarkan-dijual-di-kedai-runcit-serbaneka

6. Kenyataannya pada 21 November 2020 telah membuatkan orang ramai terutamanya dari kumpulan asatizah kehairanan, dan ramai juga yang menghentam beliau atas kenyataannya yang ‘merapu’ itu. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kedai runcit yang tidak sesuai dilesenkan menjual arak tidak akan diperbaharui Lesen Minuman Keras (LMK) menjelang Oktober 2021.

7. Padahal hadis menyebut dengan jelas, sebagaimana tercatat dalam Sunan Ibnu Majah – Rasulullah SAW bersabda: “Akan ada seorang manusia dari umatku yang minum arak, dengan nama yang mereka namakannya (menggelarkan) dengan nama lain”. (Riwayat Imam Ibnu Majah).

8. Huraian hadis menyebut tujuan manusia memberi nama atau gelaran lain bagi minuman arak itu adalah dengan harapan apabila berubahnya nama, maka diharapkan akan berubah pula status hukumnya.

9. DBKL sebelum ini mengeluarkan garis panduan LMK yang menetapkan ‘hard liqour’ (minuman keras yang memabukkan) tidak dibenarkan dijual kedai runcit, serbaneka dan kedai menjual ubat tradisional Cina sekitar Kuala Lumpur bermula 1 Oktober 2021.

10. Annuar berkata, garis panduan baru itu tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa dan telah mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan melibatkan agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain.

https://www.sinarharian.com.my/article/111281/EDISI/Selangor-KL/Bir-dibenarkan-dijual-di-kedai-runcit-serbaneka

11. Persoalannya, adakah bir seperti Carlsberg, Tiger, Heineken dan seterusnya itu tidak dikategorikan sebagai arak, tetapi sama seperti Root Beer A&W iaitu sebagai minuman ringan, manakala yang jenis wine, vodka, wiski dan yang sejenisnya baru dikatakan minuman keras yang memabukkan?

12. MUAFAKAT tertanya-tanya apakah perubahan kenyataan ini disebabkan tekanan dari pihak parti DAP apabila berita melaporkan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai, akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memohon agar keputusan itu ditarik balik. Manakala Pengerusi Dewan Perniagaan Minoriti (MBC), Gobi Krishnan berkata, “Kami menyambut baik pengumuman pengharaman penjualan ‘hard liquor’ dan ‘cheap liquor’ yang diumumkan oleh DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ini.”

13. Beliau berkata lagi, “Umum mengetahui bahawa ramai kaum India terlibat dengan meminum ‘hard and cheap liquor’ ini termasuk samsu. Maka pengharaman ini adalah satu langkah ke hadapan oleh kerajaan dalam mendengar suara hati rakyat.” Malangnya tanggapan baik ini meleset sama sekali, segalanya seperti percaturan politik untuk melihat siapa menyokong siapa dan berapa ramai menyokong siapa, dan siapa? Ketua Media MUAFAKAT pernah menyuarakan, jangan jadikan isu arak ini retorik pilihan raya.

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Ketua Komunikasi dan Multimedia PEMBELA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts