KENAPA SUSAH SANGAT AZMIN NAK SOKONG ANWAR?

349
SHARES
2.1k
VIEWS

Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya menjawab kesetiaannya adalah terhadap ‘kem Keadilan’ apabila ditanya sama ada beliau sebahagian daripada kem Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun tidak.

Walaupun boleh memilih untuk menjawab beliau sentiasa memihak dan mendokong Presiden Keadilan seperti mana-mana ahli parti yang lain jika ditanya mengenai kesetiaan mereka, tetapi melalui jawapan dan gaya bahasa beliau lebih menguatkan desas-desus mengenai ‘keintiman’ dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berhasrat menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri selepasnya.

Setiap soalan yang dilontarkan kepada individu yang perlu dijawab secara spontan, walaupun individu tersebut hanya mempunyai beberapa saat untuk berfikir sebelum memberi jawapan dan jawapan tersebut sewajarnya dibuat tanpa menimbulkan sebarang persoalan lain ataupun wajar mempunyai impak yang kurang mudarat.

Melalui jawapan tersebut, Azmin mengesahkan beliau sememangnya tidak menyukai Anwar sehingga tidak mampu menyembunyikannya dan berdalih dengan mengatakan ‘kesetiaannya hanya kepada Presiden’ yang tentunya mudah untuk beliau nyatakan walaupun akan kelihatan seperti retorik politik tetapi lebih baik berbanding jawapan ‘kurang cerdik’ beliau.

Nampaknya pengorbanan Anwar untuk parti selama ini termasuk dipenjarakan tidak dihargai oleh Azmin sebaliknya beliau memilih untuk melompat cepat dalam dunia politik dengan menjadi ‘anak emas’ Tun Dr. Mahathir yang kelihatan tidak selesa untuk memberi laluan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts