LEBIH BAIK PINDA BERBANDING MANSUH AKTA BERITA TIDAK BENAR

79
SHARES
255
VIEWS

Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) bagi memansuhkan Akta Berita Tidak Benar 2018 esok kerana berpendapat akta tersebut mempunyai takrifan tidak jelas mengenai ‘berita palsu’ serta hukuman keras dan kesannya terhadap industri media.

Sekiranya terdapat kekhuatiran kerana takrifan yang tidak jelas tersebut, adakah wajar kerajaan memansuhkan berbanding memindanya dengan lebih tepat tanpa menghukum keras dan tidak mengekang media daripada melaporkan berita benar yang boleh disalahgunakan dan ‘ditakrifkan sebagai berita palsu’?

Justeru dengan tindakan kerajaan memansuhkannya, adakah dengan ini menunjukkan kerajaan bersikap lunak dan membenarkan penyebaran berita palsu yang memberi mudarat besar kepada masyarakat dan  adakah selepas ini rakyat Malaysia akan menjalani kehidupan dengan berlegarnya berita palsu di sekeliling mereka tanpa wujudnya mekanisme mengekang berita tersebut?

Apakah rasional pihak kerajaan membentangkan cadangan pemansuhan akta ini di Parlimen yang tentunya akan mendapat sokongan majori Ahli Parlimen kerajaan yang seterusnya menyaksikan akta mengekang berita palsu tidak lagi wujud?

Sepatutnya kerajaan meminda dan memperkasa akta tersebut dengan lebih tepat melalui takrifan jelas yang tidak menganiaya sesiapa termasuk pengamal media dan netizen beserta hukuman setimpal kerana ini akan mewujudkan kesedaran dan iktibar buat pihak tertentu yang suka menyebarkan berita palsu.

Ataupun adakah pihak kerajaan membentangkan cadangan pemansuhan tersebut kerana mereka berpendapat sudah cukup dengan pengekangan penyebaran berita palsu melalui Akta Fitnah 1957 ataupun Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)?

Jika cukup dengan akta tersebut, masyarakat mengharapkan penguatkuasaannya juga efektif untuk membendung berita palsu yang kerap disebarkan sejak beberapa tahun kebelakangan.

Jangan ulangi kesilapan kerajaan terdahulu apabila pelbagai akta tersedia namun penguatkuasaannya amat lemah dan tidak mampu membendung berita palsu dan fitnah serta kerap dipolitikkan oleh pihak pembangkang ketika itu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts