PUTRA NASIHAT HAJI HADI

235
SHARES
757
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PUTRA MALAYSIA

16 Januari 2021 | 3 Jamadilakhir 1442H

1. Merujuk kepada laman sesawang Malaysiakini yang bertajuk, “Rasukan syaitan punca Melayu Muslim malas mendaftar jadi pengundi – Hadi” di pautan;

https://m.malaysiakini.com/news/560533 – PUTRA memetik petikan rencana tersebut iaitu, “Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, ramai orang muda Melayu beragama Islam di negara ini “dirasuk syaitan-syaitan” tertentu kerana lemah mendaftar untuk menjadi pengundi”

2. Dari kenyataan yang dikeluarkan ini, ia tidak melambangkan beliau adalah seorang presiden yang datang dari sebuah parti yang berteraskan Islam. Persoalannya “dirasuk syaitan-syaitan” merujuk kepada siapa? Sebagai seorang presiden, Tuan Guru Abdul Hadi sepatutnya memikirkan kata-kata yang sesuai bagi sesebuah ucapan dan perkataan ‘syaitan’ ini tidaklah sesuai untuk diperkatakan sebagai sebahagian ucapan mahupun ulasan di dalam media masa.

3. Berkenaan dengan orang Melayu muda lemah untuk mendaftar menjadi pengundi adalah berpunca daripada keadaan politik yang bercelaru sekarang. Walaupun banyaknya parti politik yang menjadi kerajaan, tetapi anak-anak muda masih gagal untuk melihat gerak kerja yang berjaya mencuit hati mereka melalui parti politk kerajaan sedia ada. Ini adalah kerana banyaknya janji-janji kosong, undang-undang “double standard” antara pemimpin dan rakyat, bantuan yang dikatakan bersasar tetapi ketika pelaksanaan ramai anak muda tercicir dari bantuan sehinggakan mereka muak dengan arena politik hari ini.

4. Oleh itu PUTRA mendesak agar Tuan Guru Abdul Hadi memohon maaf secara terbuka kepada rakyat khususnya kepada orang Melayu muda yang dituduh “dirasuk syaitan”. Sepatutnya Tuan Guru mencari cara bagaimana hendak menyantuni anak-anak muda supaya berminat semula untuk memahami politik dan seterusnya mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi. Ingat cerminan tingkah laku anak muda hari ini adalah berdasarkan acuan dan ajaran yang ditunjukkan oleh pemimpin sedia ada seperti pepatah Melayu mengatakan bahawa “tiada yang lama, tiada yang baharu”.

5. Pepatah Melayu lain juga mengatakan, “Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang”. Di sini PUTRA ingin mengingatkan supaya Tuan Guru Abdul Hadi memohon maaf atas kata-kata yang kurang enak sepeti ‘syaitan’ ini agar anak-anak muda khususnya orang Melayu terbuka hati untuk berjinak semula dengan politik tanah air dan seterusnya memahami mengapa mereka ini harus berdaftar sebagai pengundi.

Sekian.

Oleh Ashraf Bin Rosli

Ketua Penerangan PUTRA Malaysia

PUTRA PERKASA NEGARA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts