KU LI TEGUR KEWAJARAN PORTFOLIO AGAMA ISLAM DIWUJUDKAN BERASINGAN DI BAWAH KERAJAAN PUSAT

220
SHARES
709
VIEWS

Mutakhir ini sejak pembentukan kerajaan baharu di bawah pentadbiran Dato’ Sri Ismail Sabri, isu berkaitan Tabung Haji kembali hangat apatah lagi apabila kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini dilihat acuh tidak acuh untuk membetulkan keadaan yang berlaku di bawah Pakatan Harapan.

Perkara ini turut disentuh oleh Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang membicarakan perkara yang lebih utama dan penting iaitu mengenai portfolio agama Islam itu sendiri.

Menurutnya, adakah wajar porfolio agama Islam sebagai satu perkara berasingan oleh kerajaan sedangkan Majlis Hal Ehwal Agama Islam sudahpun ada dan mencukupi untuk menasihati Majlis Raja-raja Melayu dan juga Kerajaan Pusat mengenai semua perkara berkaitan dengan agama Islam.

Saya tidak bercadang menyentuh soal pelaburan Tabung Haji. Ramai pihak telah membuat teguran mengenai hal ini. Saya hanya hendak sentuh satu perkara sama ada wajar atau tidak mewujudkan porfolio agama Islam sebagai satu perkara berasingan di bawah Kerajaan Pusat yang baru ditubuh itu.”

Beliau juga dipetik berkata bahawa ini merupakan kali pertama Kerajaan Pusat mencabul Perlembagaan dengan mengambil alih bidang kuasa dan bidang tanggungjawab Raja-raja Melayu.

Almarhum Tunku, Perdana Menteri pertama kita, apabila menubuhkan kerajaan pimpinannya tidak berani mewujudkan portfolio agama Islam di bawah kerajaannya apatah lagi mengambil alih tanggungjawab terhadap perkara yang besar ini dan diletak di bawah kerajaan pimpinannya?

Majlis Hal Ehwal Agama Islam telah diwujudkan, kalau tidak silap saya, bukan sahaja untuk menasihat Majlis Raja-raja Melayu dan juga Kerajaan Pusat mengenai semua perkara berkaitan dengan agama Islam.”

Mungkin tidak wajar hal ehwal agama Islam dibincang dan keputusan dibuat bersama dalam majlis yang juga dianggotai oleh bukan Islam? Mungkin salah teguran saya ini.”

Sungguhpun begitu, apa yang dizahirkan oleh YBM Tengku Razaleigh ini merupakan masalah yang berlaku dan menjadi polemik berpanjangan sehingga kini. inilah yang menjadi masalah utama apabila dalam kabinet Pakatan Harapan dianggotai oleh ramai Menteri Kabinet yang bukan beragama Islam, maka sewenang-wenangnya keputusan mengenai Tabung Haji dan lain-lain entiti berkaitan agama Islam diubah oleh mereka yang bukan Islam.

Malah aset Tabung Haji sendiri diletakkan di bawah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urus Jemaah Sdn Bhd yang dikawal selia oleh individu bukan Islam, sama seperti Hotel Movenpick yang juga diletakkan individu bukan Islam msnerajuinya.

Bukan itu sahaja, belasan bilion aset TH yang dipindah ke anak syarikat milik MOF masih lagi belum selesai pembayarannya dan jaminan kerajaan masih tidak ada – perkara ini turut dikritik oleh Ketua Audit Negara.

Lebih malang, perkara ini tidak juga dibetulkan oleh Perikatan Nasional yang memerintah, malah dilihat meneruskan apa yang dilaksanakan Pakatan Harapan.

Justeru teguran Ku Li ini bukan sahaja sangat berasas malah perlu diperhalusi oleh kerajaan baharu pimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri.

Jika perkara asas yang ditegur beliau ini masih tidak dapat dibetulkan, bukan hanya Tabung Haji malah isu dan maslahat lain berkaitan umat Islam tentu juga sukar diselesaikan selepas ini. 

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts