RESOLUSI MPPK KEPADA PELAN PEMULIHAN IPT

340
SHARES
2k
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mengambil maklum berkenaan Pelan Pemulihan IPT yang akan dibentangkan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam masa terdekat. MPPK amat menyambut baik perkara tersebut yang sememangnya dinanti-nantikan oleh semua mahasiswa.

Bagi memastikan pelan pemulihan ini menjadi lebih berkesan, memberi manfaat kepada mahasiswa serta menjamin keselamatan warga kampus, maka MPPK mengemukakan 8 resolusi yang terkandung dalam Resolusi MPPK kepada Pelan Pemulihan IPT.

8 resolusi tersebut adalah:

1. Pergerakan pulang mahasiswa secara pilihan dan berperingkat. Memberi pilihan kepada mahasiswa sama ada mahu pulang ke kampus atau sebaliknya dan pergerakan pulang mahasiswa ke kampus dilakukan secara berperingkat.

2. Mengutamakan mahasiswa yang telah mendapat vaksinasi lengkap.

3. Menyeragamkan SOP untuk semua IPT bagi urusan pergerakan keluar masuk kampus mengikut kesesuaian dan panduan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN)

4. Sesi pengajaran dan pembelajaran secara hybrid (bersemuka dan atas talian)

5. Pemberian kit antigen self-test COVID-19 secara percuma kepada mahasiswa.

6. Pemberian insentif diskaun penerbangan atau sewa khas kepada mahasiswa untuk pulang ke kampus (Charter Flight).

7. Bantuan One-off sebanyak RM300 kepada mahasiswa menerusi Belanjawan 2022.

8. Penetapan elaun minimun latihan industri, latihan mengajar dan praktikal sebanyak RM500 menerusi Belanjawan 2022.

MPPK berharap agar 8 resolusi ini dapat dipertimbangkan oleh pihak KPT bagi memastikan semua IPT dapat mewujudkan gelembung kampus selamat dan pada masa yang sama dapat terus menjaga kebajikan mahasiswa.

MPPK juga memohon kepada pihak KPT untuk memastikan satu garis panduan yang jelas dan mudah difahami dapat dikeluarkan bagi memastikan mahasiswa dan warga kampus dapat kembali ke kampus dengan selamat.

Akhir sekali, MPPK mengharapkan agar semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kita semua dapat kembali menjalani hidup seperti biasa di kampus.

Sekian, terima kasih.

Memartabat Mahasiswa Malaysia

Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Sabri

Presiden

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts