• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, July 1, 2022
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

CT FAIZAH LAKAR SEJARAH WANITA PERTAMA TERPILIH SEBAGAI YDP MPP USM

Wan Sulaiman by Wan Sulaiman
December 23, 2021
in Pendidikan, Utama
0
CT FAIZAH LAKAR SEJARAH WANITA PERTAMA TERPILIH SEBAGAI YDP MPP USM
30
SHARES
338
VIEWS

Universiti Sains Malaysia (USM) melakar sejarah apabila buat kali pertama pelajar wanita dipilih sebagai Yang Dipertua menerusi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSM) Sidang Akademik 2021/2022.

Pelajar Tahun 3 Komunikasi, Pusat Pengajian Komunikasi USM, CT Faizah Abdul Rahman berjaya mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 4,023 undian dalam Pilihan Raya Kampus USM bagi sidang ini.

Hasrat beliau bersama rakan-rakan seperjuangan MPPUSM sidang ini adalah untuk menjadikan MPP USM terus kekal relevan serta diterima oleh semua pelajar sebagai sebuah organisasi yang benar-benar memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar.

Harapan beliau juga adalah untuk mengangkat dan memartabat kepimpinan pelajar di kalangan wanita ke satu tahap yang lebih tinggi yang mampu memberi inspirasi kepada mahasiswi yang lain.

Beliau yakin dan percaya sekiranya kepimpinan pelajar terus diberi peluang, Malaysia akan mampu melahirkan lebih ramai pemimpin wanita muda yang berkaliber untuk mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan.

Dalam ucapan sulung beliau menyatakan MPPUSM perlu menjadi dan bersama dalam membina mahasiswa yang cakna akan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini seperti isu ekonomi, kos sara hidup, politik, sosial, alam sekitar dan sebagainya demi kepentingan pembangunan mahasiswa dan masyarakat sejagat. Bukan hanya memfokuskan isu mahasiswa di dalam kampus semata-mata.

Selaras dengan kedudukan USM sebagai sebuah universiti APEX, MPPUSM perlu benar-benar menjadi pertubuhan yang melahirkan pemimpin mahasiswa bercirikan HEBAT – ‘Holistic’, ‘Entrepreneurial’, ‘Balanced’, ‘Articulate’ dan ‘Thinking’ yang berupaya untuk menguasai cabaran usahawan sosial, seimbang dan mampu untuk berkomunikasi serta berfikiran aras tinggi sesuai dengan kedudukan sebuah universiti serta menjadi pemimpin yang mempunyai akhlak yang terpuji.

Keseluruhannya 38.26 peratus pelajar atau 5,576 orang membuat pemilihan yang dilaksanakan pertama kalinya sepenuhnya secara dalam talian melalui Sistem e-Pilih.

Ini merupakan kali ketiga, pemilihan MPPUSM dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilih yang dianggotai sepenuhnya oleh pelajar.

Sekian, terima kasih.

Universiti Sains Malaysia

Tags: CT Faizah Abdul RahmanSistem e-PilihUSMYang Dipertua MPP
Previous Post

KEGAGALAN MENANGANI BANJIR, KERAJAAN PERLU BERTANGGUNGJAWAB – PUTRA

Next Post

BENCANA BANJIR: KERAJAAN PERLU SEDIA PELAN INDUK YANG LEBIH KEMAS DAN JELAS

Wan Sulaiman

Wan Sulaiman

Related Posts

MPPK SOKONG INISIATIF WAJIBKAN KURSUS INTEGRITI DAN ANTIRASUAH DI IPT

MPPK SOKONG INISIATIF WAJIBKAN KURSUS INTEGRITI DAN ANTIRASUAH DI IPT

June 6, 2022

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In