KALAH TERUK DI PRN JOHOR, PAS WAJAR MUHASABAH

224
SHARES
723
VIEWS

PAS “melondehkan kain sendiri” di hari-hari terakhir berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila menggunakan pendekatan politik ‘kasar’ seperti DAP, walaupun asyik melaungkan slogan “politik matang dan sejahtera” serta memperjuang Islam. Akhlak yang mulia menatijahkan perbuatan yang baik dan kata-kata yang berhemah tanpa menyakiti sesiapapun terutama sesama saudara Islam.

Namun ini tidak berlaku kepada PAS apabila mencemuh, menyindir dan menuduh calon lain dengan pelbagai tohmahan, label-melabel dan memperumpamakan dengan binatang. Akhlak mulia seperti yang diperintahkan Allah Taala ke atas umat Islam nampaknya tidak ada pada PAS. Perikatan Nasional yang mempunyai dana besar dan menawarkan jawatan kepada mereka dipilih berbanding Muafakat Nasional bersama UMNO yang menjalin kerjasama lebih awal.

Perpaduan ummah bagi PAS rupa-rupanya hanya retorik politik bukannya semangat dan roh Islam untuk memperkasa kerjasama sesama Islam. Syarat diletakkan tidak masuk akal dan melanggar janji pemimpin UMNO kepada akar umbinya. UMNO yang dilihat parti Melayu malah lebih baik dalam sentiasa mengamalkan mesyuarat, tidak seperti PAS yang sepatutnya lebih memahami mengenai janji, amanah dan amalan mesyuarat dalam Islam.

Apapun, semoga kekalahan memalukan PAS di PRN Johor dapat diambil iktibar dan cubalah mendengar rintihan akar umbi sendiri dan jangan bersikap angkuh, kuat menyindir dan ‘perasan’ bagus dalam agama walaupun dibarisi beberapa agamawan dan profesional. Laksana dan tadbirlah PAS benar-benar secara Islam dan bukannya mengamalkan politik kepartian semata-mata. Hak sesama Islam perlu ditunaikan, antaranya jangan disakiti hati mereka dan santunilah dengan lemah lembut seperti mana Allah Taala perintahkan, cara sunnah Nabi Muhammad SAW. Serta cukup-cukuplah membuat dalil tertentu untuk menegakkan benang yang basah, jangan berpolitik demi untuk meramaikan ahli tetapi demi ‘ikramul muslimin’ iaitu memuliakan sesama Islam – dengan menunaikan hak sesama Islam tanpa meminta hak sendiri.

Selain itu cukup-cukuplah menjadi ‘pak turut’ bagi Perikatan Nasional dan menjadi ‘penghalal’ bagi segala-galanya. In Sha Allah semoga dengan niat yang baik dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, PAS akan beroleh keberkatan dalam memperjuang Islam tanpa mengharapkan ganjaran, jawatan atau habuan duniawi. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts