PEMENJARAAN NAJIB MELEMAHKAN UMNO?

74
SHARES
240
VIEWS

Faktor Najib

Apapun yang UMNO mahu sangkal, sedikit sebanyak dengan pemenjaraan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak tentu ia memberi kesan negatif dan melemahkan UMNO. UMNO telah kehilangan satu tokoh yang selama ini mempertahankan UMNO dengan memberi penjelasan berfakta yang disertakan bukti-bukti bagi menyokong penjelasannya.

UMNO kini melemah dalam penyaluran fakta yang tepat dan jelas serta dapat diterima rakyat seperti Najib yang sehingga kini masih tidak mempunyai penggantinya. Mungkin cara Lokman Adam, Isham Jalil, Puad Zarkashi dan Asyraf Wajdi boleh membantu sedikit sebanyak namun tentu ia tidak sama dengan aura ‘Bossku’ melalui laman Facebook-nya.

Pengganti Facebook Najib Razak dan ‘cytro netizen’

Apapun tentu UMNO mempunyai jalan lain selain Facebook Najib Razak namun siapapun penggantinya mesti menyamai ataupun perlu lebih efektif lagi. Yang penting ia tidak boleh berkurangan. Cara ini akan menjana “cytro netizen” seperti yang berlaku di laman Facebook Najib Razak sebelum ini. Strategi “fakta melawan auta” ini sememangnya berkesan, sehingga ‘haters‘ bertukar menjadi follower tegarnya.

Laman Facebook beliau yang selama ini memberikan pencerahan berguna buat rakyat termasuk memperjuangkan isu-isu penting buat mereka antaranya pengeluaran KWSP,  tidak boleh menemui titik noktahnya walaupun Najib kini terpenjara. Pasukan yang mengendalikan (admin) laman Facebook boleh meneruskannya dan ia dijadikan sebagai pusat maklumat UMNO-Barisan Nasional dan juga mengenai perkembangan Najib.

Strategi menukar kelemahan menjadi kekuatan

Walaupun UMNO ‘melemah’ apabila Najib dipenjarakan tetapi sebenarnya ini merupakan kekuatan tersembunyi bagi parti tua tersebut. Rakyat kini bersama bersolidariti dengan Najib dan UMNO kerana rata-rata melihat keadilan tidak terlaksana, tidak seperti seperti kes-kes mahkamah pemimpin Pakatan Harapan yang sentiasa diberikan ruang untuk membela diri sepenuhnya. Sehinggakan rakyat kini membangkitkan kes Liwat 2.0 Anwar Ibrahim yang diberikan penangguhan sehingga lebih 100 kali dalam masa 7 tahun, jauh berbeza dengan bekas Perdana Menteri keenam ini.

Tindakan gopoh dan tergesa-gesa ini hanya mengesahkan maksim “keadilan disegerakan, keadilan dihancurkan” berbanding maksim “keadilan dilambatkan, keadilan dinafikan”. Bukankah jauh lebih baik lambat memenjarakan seseorang yang bersalah berbanding tersilap menyegerakan pemenjaraan seseorang yang tidak bersalah?

Keadilan di mata rakyat

Masalahnya rakyat hari ini tidak melihat mengenai siapa bersalah ataupun tidak, kerana rakyat terlebih dahulu melihat keadilan tidak ditegakkan apabila permintaan penangguhan, permintaan mengemukakan bukti dan permintaan menggunakan Queen’s Counsel dinafikan. Malah rakyat melihat penjatuhan hukuman juga terlalu tergesa-gesa seolah-olah ingin mengejar sesuatu. 

Keluarga Malaysia sempurnakan hasrat Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional? 

Kesimpulannya, suka ataupun tidak, kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini dilihat sebagai ‘penyempurna’ kepada komplot Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional untuk memenjarakan anak Tun Razak, selain menghilangkan haknya sebagai Ahli Parlimen dan sekaligus melemahkan UMNO – apa yang dirancang oleh Tun Mahathir sejak hari pertama Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan. 

Cuma malangnya perancangan ini gagal, UMNO akan semakin kuat dan ‘menyengat’ kerana rakyat sudah bijak menilai mana keadilan dan mana penganiayaan. Rakyat juga tidak akan membenarkan Pakatan Harapan memerintah semula kerana cukuplah sengsara selama 22 bulan, sehinggakan kedudukan Raja-raja Melayu juga digugat mereka.

Akhir kata, jangan hanya seronok melihat cerita Mat Kilau dan perjuangan bangsa, jika akhirnya kita masih lupa siapakah musuh negara sebenarnya – yang terbukti bersekongkol dengan pihak luar sehingga menggugat negara. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts