Strategi Pakatan Harapan membuat ‘segmen’ tertentu bagi pengundi-pengundi antaranya melalui Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), dilihat boleh membantu gabungan tersebut untuk menambah bilangan kerusi mereka di PRU-15 kelak.
MUDA yang menyasarkan golongan belia serta remaja berusia 18 tahun yang bakal mengundi kali pertama dapat membantu Pakatan Harapan yang semakin hilang taringnya selepas pengundi-pengundi sendiri serik ditipu selama 22 bulan berkuasa.
Justeru apabila MUDA dan Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman umum akan mempertahankan kerusi Parlimen Muar yang dipegang sejak 2018 serta akan bertanding di 14 kerusi Parlimen yang ditandingi Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, tentu Pakatan Harapan meletakkan Harapan tinggi agar anak-anak muda yang bakal mengundi kelak juga boleh ditipu untuk mengundi mereka melalui MUDA.
Sama seperti Perikatan Nasional, tidak mungkin Syed Saddiq dan partinya akan bekerjasama dalam gabungan selain daripada Pakatan Harapan – kerana masing-masing ber’DNA’ PH yang sama sebelum ini.
Semoga anak-anak muda dan pengundi-pengundi kali pertama kelak boleh mengambil iktibar bagaimana abang-abang dan kakak-kakak mereka sebelum ini “ditipu hidup-hidup”, yang akhirnya menyesal sebelum sempat 100 hari Pakatan Harapan memerintah.
Mengundilah dengan bijak demi masa depan anda. Jangan ulangi kesilapan pengundi-pengundi yang cuba bereksperimen sebelum ini.