ANNUAR MUSA JUGA ‘MEROYAN’ SEPERTI SHAHIDAN

167
SHARES
540
VIEWS

Seperti Tan Sri Shahidan Kassim, Tan Sri Annuar Musa juga bersikap kebudak-budakan apabila tidak dicalonkan oleh Presiden UMNO Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya beliau bersyukur kerana sudah sekian lama diberi peluang menjadi Ahli Parlimen seperti Shahidan sehingga masing-masing turut digelar sebagai ‘warlord‘ UMNO.

Annuar jelas sangat angkuh dan tidak setia kepada parti malah apabila dilantik menjadi Menteri Wilayah oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin, beliau terus menumpahkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepadanya. Buktinya, sehingga Presiden dan parti sendiripun beliau sanggup kecam, perlekeh dan langsung tidak dihormati, semata-mata kerana mahu mengambil hati Mahiaddin dan Bersatu.

Bagi Annuar dan juga rakan baiknya Shahidan, nilai kesetiaan dan perjuangan ini boleh dijual beli. Bagi mereka, asalkan dilantik menteri, rakan sendiripun sanggup dikhianati, ketetapan parti boleh diengkari dan suara akar umbi tidak mahu didengari, asalkan habuan politik mereka Mahiaddin penuhi.

Bukan sekali malah berkali-kali ketetapan parti dan MKT beliau perlekehkan sewenang-wenangnya, apa Presiden tegaskan kononnya bukan atas suara parti sedangkan apa yang Zahid lakukan adalah semata-mata demi menyelamatkan UMNO daripada pengaruh Bersatu dan Perikatan Nasional.

Apabila tidak tercalon, barulah ‘meroyan’ konon Presiden dan parti tidak lagi relevan sedangkan hakikatnya Annuar Musa dan Shahidanlah yang tidak lagi relevan dalam politik negara. Mereka bukan lagi seperti duri dalam daging tetapi seumpama penyakit gangren yang jika dibiarkan akan melarat. Jalan terbaik adalah dengan memotong bahagian gangren tersebut agar seluruh tubuh akhirnya dapat diselamatkan.

Justeru, biarlah keangkuhan dan sikap ‘kayangan’ Annuar dan Shahidan selama ini dibalas oleh rakyat yang sememangnya ternanti-nanti peluang untuk menghukum mereka. Biarkan mereka terus meroyan sepuas hati, biarkan kebencian bersarang dalam hati mereka yang akhirnya akan termalu sendiri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts