FITNAH JAHAT PERIKATAN NASIONAL TUDUH KERJASAMA BN-PH

121
SHARES
389
VIEWS

Akhir zaman sememangnya dipenuhi dengan pelbagai fitnah, hatta hari ini mereka yang asyik melaungkan perpaduan ummah dan bangga kononnya memperjuangkan Islam itulah yang memulakan fitnah. Apatah lagi waktu mengundi kini tinggal kurang daripada seminggu maka fitnah disebar-luas siang dan malam, modus operandi fitnah yang sama seperti PRU-14 dimainkan dan diulang-ulang sehinggalah kerajaanpun tumbang.

Sungguhpun begitu, propaganda fitnah yang dimainkan oleh Perikatan Nasional yang menuduh kononnya UMNO akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan selepas PRU-15 dilihat amat keji dan jijik kerana gabungan tersebut turut dianggotai oleh PAS. Persoalannya adakah PAS juga setuju dengan taktik kotor menipu dan memfitnah sebegitu sedangkan sejak dahulu asyik berbangga kononnya mereka lebih ‘Islam’ daripada yang lain?

Fitnah terkini oleh Perikatan Nasional ini dilihat begitu memualkan kerana yang benar-benar mahu bekerjasama dengan DAP-Pakatan Harapan termasuk PKR ialah Tan Sri Mahiaddin Yassin dan partinya Bersatu. Rujuk pautan; https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-politik/muhyiddin-yang-mahu-bekerjasama-dengan-ph-demi-kuasa-bukan-negara-rafizi-378628%3famp=1

Namun apabila Pakatan Harapan juga tidak mahu bekerjasama dengan parti yang dianggap mereka sebagai pengkhianat yang membuatkan kerajaan mereka tumbang hanya selepas 22 bulan, Muhyiddin dan Bersatu mula ‘meroyan’ dan tidak keruan sehingga sanggup memfitnah saudara seIslam mereka dalam UMNO-Barisan Nasional.

Rujuk pautan https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1004873/keputusan-tiada-rundingan-antara-ph-dan-pn-kekal

Selepas dimalukan Pakatan Harapan dan hilang punca apabila UMNO-Barisan Nasional kekal tidak mahu bekerjasama dengan mereka maka fitnah ke atas saudara seIslam mereka dilipat-gandakan. Blogger luar negara dibayar, bukan untuk mendedahkan bukti kerjasama tersebut seperti didakwa, tetapi semata-mata untuk memfitnah UMNO-Barisan Nasional tanpa sebarang bukti ditampilkan. Adakah wujud sebarang audio atau rakaman yang boleh didedahkan? Jika ada pasti sudah lama rakaman tersebut didedahkan oleh blogger yang mencari makan sebagai penulis upahan.

Tidak seperti rakaman-rakaman lain termasuk audio pengakuan seorang Datuk Seri membayar blogger upahan yang diistilahkannya sebagai ‘sniper‘, bertujuan memfitnah dan merosakkan kredibiliti pimpinan tertinggi UMNO terutamanya Tok Mat, tuduhan terhadap Zahid dan UMNO-Barisan Nasional ini tidakpun mampu dibuktikan. Tiada rakaman, tiada butiran verbatim percakapan direkodkan dan tiada sebarang perincian setakat ini yang mampu didedahkan. Rujuk isu rakaman memfitnah dan merosakkan kredibiliti pemimpin UMNO di pautan;  https://editormalaysia.com/26930/

Hanya sekadar menggunakan logik bahawa Zahid dan Anwar baik sejak dahulu lagi. Jika begitu, logik yang sama boleh digunakan malah wujud pelbagai bukti bahawa Haji Hadi dan PAS sendiri bukan sahaja baik dengan Anwar Ibrahim tetapi juga DAP. Buktinya ialah kerjasama mereka sebelum ini dalam menumbangkan kerajaan UMNO-Barisan Nasional dalam Barisan Alternatif (BA) yang melahirkan parti PKR. Bukti ini lebih solid kerana sememangnya mereka telahpun bekerjasama dalam beberapa PRU sejak Anwar dipecat daripada UMNO dan kerajaan. Adakah Haji Hadi dan PAS sudah lupa bahawa mereka juga turun ke jalanan berdemonstrasi bersama DAP dan Anwar serta PKR? Ini boleh menjadi bukti nyata bahawa kasih lama PAS-DAP-PKR dengan mudah boleh ditautkan kembali. 

Apapun alasan PAS, tindakan memalukan ini tidak mampu dihilangkan daripada lipatan sejarah politik PAS sampai bila-bila dan menjadi bukti nyata kerjasama Perikatan Nasional bersama Pakatan Harapan boleh diadakan bila-bila masa kerana Mahiaddin dan Bersatu juga pernah menjadi sebahagian daripada gabungan menumbangkan UMNO-Barisan Nasional.

Bukankah kerjasama dan ‘kasih sayang’ yang telah lama wujud lebih mudah untuk dijalinkan kembali berbanding UMNO-Barisan Nasional yang konsisten tidak pernah bekerjasama? Lebih kuat, akar umbi dan MKT juga telah menetapkan tiada sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, bukan seperti PAS yang sanggup mengkhianati Muafakat Nasional dan membelakangkan Majlis Syura mereka sendiri demi untuk berkuasa bersama Bersatu. 

Selain itu, jika ikut logik yang sama maka tentulah UMNO-Barisan Nasional yang paling teruk dibuli dan dihukum oleh Pakatan Harapan dan diteruskan oleh Perikatan Nasional maka ‘equation‘ wujud sebarang ‘sweet deal‘ antara Zahid-UMNO dan Anwar-PKR untuk memastikan Anwar menjadi Perdana Menteri sangat tidak masuk akal dan jelas suatu perbuatan fitnah oleh mereka yang terdesak. Inilah ‘kuasa’ fitnah akhir zaman yang digunakan oleh Perikatan Nasional yang dibantu PAS bagi memastikan seteru utama mereka tidak kembali berkuasa menjadi kerajaan.

Justeru, jika rakyat termakan juga dengan fitnah Perikatan Nasional ke atas UMNO-Barisan Nasional, hakikatnya asbab kebodohan mempercayai fitnah inilah yang akan membuatkan Pakatan Harapan kembali berkuasa dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Ketika itu pasti PAS juga akan menggigit jari kerana Bersatu pasti akan meninggalkan mereka dan bersama menguatkan Pakatan Harapan – kerana takut kes-kes mereka bermaharajalela dengan RM600 bilion wang rakyat ketika darurat pula akan dibongkarkan.

Persoalannya adakah ketika itu PAS akan bersama UMNO-Barisan Nasional menjadi pembangkang atau ‘tergedik-gedik’ mengeluarkan dalil ‘halal’ untuk bersama DAP, Anwar dan Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan?

Jangan pula ketika itu PAS menyalahkan UMNO-Barisan Nasional pula apabila ditipu Bersatu dan Pakatan Harapan kembali memerintah negara. Ketika itu, bertakbirlah sekuat manapun tidak akan mampu mengubah keputusan PRU-15 kerana daripada awal sengaja membiarkan diri dibodohkan.

Kita nantikan apakah episod fitnah seterusnya yang akan disajikan oleh ‘alim ulama’ akhir zaman. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts