PEMBERSIHAN DALAMAN: UMNO KEKAL UTUH, AKAR UMBI SETIA DENGAN PARTI – PENGANALISIS

83
SHARES
267
VIEWS

Seorang penganalisis politik, Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata bahawa tindakan UMNO melakukan ‘pemutihan’ baru-baru ini hanya mengukuhkan parti tersebut walaupun terpalit dengan sedikit kontroversi. 

Buat masa ini, saya perhatikan UMNO kukuh biarpun ada ahlinya dikenakan hukuman sama ada dipecat atau digantung keahlian.”

Tindakan tersebut gagal melemahkan UMNO kerana akar umbi tetap bersama parti tanpa mengikut pemimpin terlibat keluar parti atau melakukan protes besar-besaran.” 

Beliau turut berkata kesannya tidak sehebat ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat yang menurutnya berjaya menggoyahkan UMNO apabila parti itu hilang sokongan akar umbi.

Berkata kepada Sinar Harian, Ahmad Zaharuddin turut membandingkan gerakan pemutihan yang dibuat UMNO ini dengan ketika YBM Tengku Razaleigh Hamzah meninggalkan UMNO – yang berjaya membuatkan parti itu goyah kerana adanya Semangat 46. 

Dalam apa jua suasana, Ahmad Zaharuddin percaya UMNO masih mampu berdiri dan utuh, cuma sesekali parti itu perlu berdepan dengan proses pembersihan dalaman. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts