RANGKA NEOLITIK RIBUAN TAHUN KHAZANAH MALAYSIA DITEMUI DI BELANDA 

369
SHARES
2.2k
VIEWS

Pakar arkeologi, Prof. Dr Mokhtar Saidin berjaya menjejaki rangka neolitik berusia 5,000 – 6,000 tahun, yang berasal dari Guar Kepah (sempadan Pulau Pinang-Kedah) di Leiden, Belanda.

Menurut pengasas bersama Ancient Kedah Heritage Resources, Mazlan Mahmud, ini merupakan pencapaian besar kepada penyelidikan arkeologi negara, yang turut menjadi perhatian dunia.

Guar Kepah merupakan tapak arkeologi pertama dalam negara yang dieskavasi. Tapak pra-sejarah ini pertama kali ditemui oleh George Windsor Earl pada tahun 1851 dan sebanyak 41 rangka kemudiannya dibawa ke National Natuurhistorisch Museum di Leiden, Belanda.

Hasil penyelidikan, pada 25 Mac 2023, Prof. Dr Mokhtar Saidin telah pergi ke Belanda atas penajaan kerajaan negeri Pulau Pinang. Beliau dan pasukannya telah mendapat pengesahan tentang rangka neolitik itu. Kerajaan Belanda bersetuju membenarkan khazanah negara itu dibawa pulang ke Malaysia. Difahamkan, persiapan untuk membawa pulang sedang dilakukan.

Perihal lanjut mengenai kejayaan ini akan dikongsi oleh Prof. Dr Mokhtar pada bicara khas dan sidang media pada pukul 10 pagi di MATIC Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 13 April, Khamis ( esok).

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts