JOHARI GHANI DILANTIK BENDAHARI AGUNG BARISAN NASIONAL

70
SHARES
227
VIEWS

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini membuat keputusan melantik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung parti itu, menggantikan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pelantikan tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata pelantikan itu berdasarkan fasal 8.3.(E) Perlembagaan BN.

Johari, 59 tahun, yang juga seorang taikun media di negara ini, antaranya menguasai dan menerajui Utusan Malaysia, Media Prima, Berita Harian, Free Malaysia Today (FMT), Ohbulan!, Says dan banyak lagi. Ahli Parlimen Titiwangsa ini juga merupakan seorang usahawan ternama sejak dahulu serta pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan di bawah pentadbiran Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Pihak yang rapat dengannya memberitahu bahawa beliau seorang yang tegas dan menyukai teknologi, di mana banyak syarikat-syarikat besar di bawah pimpinannya seperti Pos Malaysia Berhad turut mengubah dan mengemaskini sistem masing-masing, termasuk mengoptimakan penggunaan aplikasi mobil bagi memudahkan kakitangan masing-masing. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts